Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioMajlis perkahwinan pasangan selebriti Thailand Nadech Kugimiya dan Urassaya Sperbund kini menjadi perhatian utama dunia hiburan antarabangsa selepas mereka akhirnya melangsungkan perkahwinan rasmi selepas lebih satu dekad menjalin hubungan cinta.
Pasangan popular ini mula mengikat hubungan sejak membintangi drama bersama sekitar tahun 2010 dan selepas kira kira lima belas tahun bersama serta tiga tahun bertunang, mereka kini melangkah ke fasa baharu sebagai suami isteri.

Majlis perkahwinan pertama mereka diadakan di kampung halaman Nadech di wilayah Khon Kaen, Thailand. Acara penuh adat ini menampilkan keindahan budaya Isan yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan, sekali gus memberikan sentuhan tradisional yang begitu bermakna kepada pasangan mempelai.
Kedua-dua mempelai tampil anggun dengan busana berasaskan kain tempatan yang direka khas mengikut adat Isan. Penampilan mereka mencuri perhatian ramai dan menjadikan majlis tersebut antara acara perkahwinan selebriti paling mecuri tumpuan dalam industri hiburan Thailand.


Majlis tersebut turut dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat termasuk pasangan selebriti terkenal Thailand iaitu Mark Prin dan Kimberley Woltemas yang turut memeriahkan suasana sebagai tetamu istimewa.
Difahamkan, pasangan ini akan mengadakan dua lagi majlis perkahwinan pada masa akan datang iaitu satu di Norway dan satu lagi majlis besar di Bangkok, Thailand yang dijangka lebih mewah dan meriah.


Kisah cinta Nadech dan Yaya bermula selepas mereka membintangi drama Duang Jai Akkanee dan sejak itu hubungan mereka terus mekar sehingga menjadi antara pasangan paling digemari peminat di Asia. Beberapa drama lakonan mereka turut popular di Filipina termasuk The Crown Princess, The Rising Sun dan My Love from the Star versi adaptasi Thailand.

Perkahwinan ini bukan sahaja menandakan penyatuan dua hati, tetapi juga menjadi simbol perjalanan cinta panjang yang akhirnya berakhir dengan ikatan sah yang penuh makna dan disambut meriah oleh peminat di seluruh dunia.
Artikel berkaitan: Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
