Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAmeera Khan menggayakan himpunan jam tangan mewah Cartier di Cortina Watch bagi melengkapkan gaya lebarannya!
Lebaran ini, Ameera tampil dengan estetika yang lebih matang dan terarah. Siluet baju kurung moden yang dipilihnya kekal lembut dan feminin, namun disuntik dengan sentuhan indah yang memberi karakter. Palet warna mengindahkan lagi gaya Syawal, dengan bermain dalam nuansa mewah, membiarkan aksesori berbicara dengan lebih jelas. Disinilah jam tangan Cartier daripada butik Cortina Watch memainkan peranan penting.

Jam Tangan Ballon Bleu de Cartier
Dengan Ballon Bleu de Cartier, Cartier menampilkan interpretasi bulat yang unik yakni penuh lengkung dan harmoni, menjadikannya ikon abadi yang anggun memeluk pergelangan tangan. Model 33 mm ini dilengkapi pergerakan mekanikal automatik, bermaterial emas mawar dengan mahkota beralur dihiasi batu berlian nilam. Dial perak diberikan kemewahan dengan tatahan 21 berlian, jarum keluli biru berbentuk pedang, kristal nilam, serta tali kulit buaya biru dengan buckle emas mawar. Keunikan bentuk bulat jam tangan Cartier ini menerbitkan rasa lembut serta mencerminkan karakter berkelasnya pada Ameera Khan.

Pilihan Ameera terhadap Cartier juga mencerminkan pemahaman gaya yang lebih mendalam. Rekaan klasik jenama ini menyuntik elemen warisan, menjadikan setiap helaian busana terasa lebih bernilai dan bermakna. Setiap jam tangan Cartier ini mendefinasikan semula gaya lebarannya sebagai wanita yang cukup sofistikated.

Jam Tangan Panthère de Cartier
Direka pada era 1980-an, Panthère de Cartier mengambil nama daripada gelangnya yang ikonik, dengan struktur ultra fleksibel apabila disarungkan pada pergelangan tangan. Sebagai jam tangan dan barang kemas, ia menjadi ikon fesyen wanita berani. Model ini menampilkan pergerakan kuarza, bermaterial dalam emas kuning dan keluli, mahkota berhias spinel biru sintetik, dialnya pula diberi kemasan keperakan. Pemilihan jam tangan Cartier ini pastinya mencuri pandangan orang lain kerana status himpunannya yang cukup ikonik dan menjadi idaman semua.

Momen meraikan Syawal, gaya Ameera Khan mengingatkan bahawa kemewahan tidak semestinya terletak pada stail yang berlebihan. Sebaliknya, ia hadir dalam ketelitian yang menjadi tunjang utama buat himpunan jam tangan Cartier ini. Buat mendapatkan gaya jam tangan terkini dan punya cita rasa mewah, layari laman web Cortina Watch yang menghimpunkan seleksi jam tangan Cartier dalam pelbagai koleksi. Setiap utas jam tangan yang ditawarkan mampu menaikkan seri gaya penampilan wanita seperti pilihan Ameera Khan.
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
