
1. THE LOURVE, PARIS
Mesti lawat kalau ke Paris. Mona Lisa karya Leonardo DaVinci adalah bahan pameran terpenting selain arca Venus de Milo serta lain-lain kerja seni dari Mesir, Asia, Greece dan Rom purba.
2. THE HERMITAGE, ST. PETERSBURG
Muzium ini memiliki koleksi lukisan terbanyak merangkumi zaman batu hingga kini. Paling mengagumkan adalah Golden Room yang mempamerkan aneka berlian dan permata.
3. THE BRITISH MUSEUM, LONDON
Galeri-galerinya didedikasikan kepada seni Mesir, Greece, Rom, Asia, Afrika dan Eropah era pertengahan. Mesti lihat adalah Elgin Marble yang pernah menjadi hiasan Parthenon di Athens.
4. THE EGYPTIAN MUSEUM, KAHERAH
Muzium ini mempunyai artifak seni tamadun Mesir terbanyak di dunia. Ruang pamerannya seakan bilik harta karun, paling popular adalah keranda emas Tutankhamun.
5. UFFIZI, FLORENCE
Istana kurun ke-16 ini antara muzium tertua di dunia, menyimpan banyak masterpiece termasuk arca-arca dari zaman Renaissance serta lukisan Botticelli, Birth of Venus.
6. THE MET, NEW YORK
Ada lebih dua juta karya seni dipamerkan di Metropolitan Museum of Art ini. Antaranya hasil karya Pablo Picasso hingga ke Henry Matisse, Vincent Van Goh sampai ke Jackson Pollock.

7. MOMA, NEW YORK
Ramai pemikir seni mengandaikan ini muzium seni terpenting dunia. MOMA menyimpan lukisan Picasso bertajuk Demoiselles d’Avignon serta Starry Night lukisan Vincent Van Gogh.
8. THE PRADO, MADRID
Koleksi bahan pamerannya begitu menyeluruh dari seluruh Eropah namun tentunya ia didominasi oleh karya-karya artis Sepanyol seperti Goya, El Greco serta Velazquez.
9. NATIONAL ARCHAEOLOGICAL MUSEUM, ATHENS
Segala bahan sejarah Greece purba dipamerkan dalam muzium ini. Wajib lihat adalah arca gangsa Artemision Podeidon dari kurun ke-5 sebelum masihi.
10. NATIONAL PALACE MUSEUM, TAIPEI
Muzium ini menyimpan artifak seni milik keluarga diraja dari pelbagai dinasti China, tidak hanya halus buatan tapi memiliki teknologi yang melangkaui zamannya.
Artikel Berkaitan
Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis
Trend – Gajet Untuk Kesempurnaan Sudut
#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasi...
#StayHomeWithGD: Resipi Donut Bersama Inti Krim Be...
#StayHomeWithGD: Ikan Goreng Masak Cili Ketumbar
#StayHomeWithGD: Resipi Auntentik Asia Mama San
#StayHomeWithGD: Sajian Kek Pisang Karamel
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
