#StayHomeWithGD: Resipi Sajian Makaroni Keju Klasik
Buat mereka yang bujang, pasti tercari-cari menu mudah untuk juadah berbuka puasa. Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh.
Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Anda boleh cuba resipi mudah ini dan tidak perlu menumis. Mereka yang bekeluarga juga boleh mencuba resipi Makaroni Keju Klasik untuk dimakan bersama yang tersayang.

Makaroni Keju Klasik
Bahan – bahan
200 gm pasta elbow
1 cawan susu penuh krim
0.5 cawan stok ayam
100 gm krim masam
3 biji bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar English mustard
125 gm keju mozzarella
100 gm keju cheddar
40 gm keju parmesan
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Daun kucai
Cara menyediakan
- Masukkan pasta, susu, stok ayam, krim masam, bawang putih, mustard dan minyak zaitun ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
- Kacau pasta agar tidak melekat dan susu hangus di bahagian bawah.
- Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente.
- Ketepikan dari api. Masukkan semua jenis keju ke dalam pasta.
- Perasakan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Taburkan daun kucai untuk menghidang.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
