10 Sumbangan Hebat Kylie Jenner Kepada Dunia
8 Lagu Raya 2025 Mesti Dengar
Respons Chris Brown Terhadap Berita Kehamilan Rihanna
Hari-Hari Terakhir Ratu Elizabeth II Sebelum Mangkat
Teknik 4-7-8 Untuk Membantu Anda Tidur Lena
Home > Gaya Hidup > Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!

Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!

Sempena Hari Ibu, tiada yang lebih indah selain meluangkan masa bersama menonton kisah-kisah yang menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan. Filem-filem bertemakan kekeluargaan ini menjadi hiburan dan cerminan kasih sayang yang meruntun jiwa.  Kasih sayang dalam keluarga tidak pernah hadir dalam bentuk yang sempurna, tetapi ia sentiasa tulus, kuat dan penuh pengorbanan. Sempena Hari Ibu, inilah masa terbaik untuk menghargai insan bergelar ibu dan bapa yang menjadi tulang belakang dalam membentuk kehidupan kita. Melalui layar perak, kisah-kisah kekeluargaan ini diangkat dengan pelbagai rasa; ada yang meruntun jiwa, ada yang menyentuh emosi, dan ada yang membuat kita lebih memahami erti cinta tanpa syarat. GLAM kongsikan 7 filem bertemakan kekeluargaan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam di hati. 

Ini 7 Filem Kekeluargaan Anda Patut Tonton!

1. M4M4 (2020)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! M4M4 adalah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman bersama skrip oleh Faten Syamimie. Filem ini mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini yang hidup bahagia di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa.  Naskah ini menampilkan lakonan mantap Nabila Huda sebagai seorang ibu yang bergelut dengan tekanan hidup dan cabaran emosi dalam membesarkan anak. Ia menyelami sisi gelap dan rapuh seorang wanita yang cuba menjadi kuat demi keluarganya, walaupun dihimpit trauma dan konflik dalaman. M4M4 bukan sekadar kisah seram psikologi, tetapi juga potret tentang pengorbanan seorang ibu. Bagaimana kasih sayang boleh berubah menjadi sesuatu yang kompleks, menyentuh, dan dalam masa yang sama, menghantui. Ia wajar ditonton semasa Hari Ibu!

2. Beautiful Pain (2016)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! Antara filem tempatan terawal yang mengetengahkan isu autisme, Beautiful Pain menyelami cabaran sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam spektrum autisme serta ibu bapa mereka. Filem ini menyusuri perjalanan Alina dan Razlan yang pada awalnya bergelut untuk menerima hakikat bahawa anak tunggal mereka, Danial, merupakan seorang kanak-kanak autisme. Namun, kasih sayang dan kecekalan mereka sebagai ibu bapa terus mendorong mereka untuk memberikan kehidupan yang lebih baik buat Danial. Dibintangi oleh June Lojong, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Angeline Tan dan Ruminah Sidek, filem ini menyentuh tentang erti penerimaan, kesabaran dan cinta tanpa syarat dalam sebuah keluarga.

3. Bu, Kasih Suci (2019)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! Ditayangkan di pawagam pada tahun 2019, filem ini merupakan sebuah naskah drama kekeluargaan yang menyentuh hati. Mengisahkan tiga wanita bergelar ibu dengan latar kehidupan yang berbeza namun cukup dekat dengan realiti, kisah ini sarat dengan pengajaran buat generasi kini. Seorang bekerja sebagai pembantu rumah, seorang lagi bergelut dengan hubungan bersama anak yang sudah dewasa, manakala yang ketiga sedang menanti kelahiran cahaya mata. Takdir menemukan mereka dalam satu tragedi kemalangan yang mengubah perjalanan hidup serta hubungan keluarga masing-masing. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nadia Brian, Rashidi Ishak dan Nadiya Nisaa, filem ini mengangkat tema Hari Ibu yang tulus dan kompleks, namun kekal menjadi nadi kekuatan dalam setiap keluarga.

4. Bisik Pada Langit (2017)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! Bisik Pada Langit merupakan sebuah drama kekeluargaan yang cukup menyentuh jiwa, diinspirasikan daripada kisah benar tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Filem ini mengikuti perjalanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian terakhir anak perempuannya, selepas satu tragedi meragut kebahagiaan keluarga mereka. Lakonan Beto Kushairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera dan Jalil Hamid, naskhah ini menyorot kekuatan ikatan keluarga, erti pengorbanan, serta cinta yang kekal walaupun selepas kehilangan. 

5. Abah Saya, Uncle Mike (2025)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! Filem ini merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang meruntun jiwa tentang pengorbanan dan kasih sayang melangkaui ikatan darah. Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mike yang tanpa diduga menjadi figura bapa kepada kanak-kanak selepas tragedi merubah kehidupan mereka. Walaupun tidak mempunyai pertalian keluarga, Mike membesarkan dan melindungi mereka dengan penuh tanggungjawab, seolah-olah darah daging sendiri. Di bawah arahan Ezrie Gazali sebagai filem debutnya sebagai pengarqah dan dibintangi oleh Andy Teh, filem ini mengetengahkan makna sebenar seorang “abah” dalam kehidupan seorang anak.

6. Papadom (2009)

Raikan Hari Ibu Bersama 7 Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna Ini! Papadom merupakan sebuah filem genre komedi dan drama yang mengisahkan hubungan rapat antara seorang bapa tunggal dan anak perempuannya. Diterajui oleh Afdlin Shauki, filem ini memaparkan sisi seorang ayah yang terlalu melindungi sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan dan kebahagiaan anaknya, termasuk menjejaki kehidupan kampus si anak secara tersembunyi. Di sebalik elemen humor yang ringan, Papadom hadir menyisipkan mesej mendalam tentang kasih sayang ibu bapa, proses melepaskan anak untuk berdikari, serta hakikat bahawa cinta dalam keluarga kadangkala hadir dalam bentuk yang tidak sempurna, namun tetap ikhlas.

7. Babah (2024)

Babah merupakan sebuah filem drama kekeluargaan Malaysia arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim terbitan Nads Media Entertainment yang sarat dengan emosi dan nilai pengorbanan. Naskhah ini mengisahkan Isyak, seorang ayah lakonan Qi Razali yang setia dan penuh kasih sayang, dalam perjuangannya menjaga anak perempuannya, Maya dibintangi Sweet Qismina, yang menghidap Sindrom Guillain-Barré iaitu sebuah kondisi yang menjejaskan kekuatan fizikal serta mengubah seluruh perjalanan hidup mereka sebagai sebuah keluarga. Melalui kisah yang dekat dengan realiti, Babah menyorot ketabahan seorang bapa yang tidak pernah berputus asa, serta ikatan kasih sayang yang menjadi sumber kekuatan utama dalam menghadapi ujian kehidupan.  Artikel berkaitan: Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!