Home > Gaya Hidup > Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia
Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia
Pelakon filem The Notebook, Gena Rowlands menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun ditemani ahli keluarganya di Indian Wells.
Terkenal dengan lakonannya di dalam filem The Notebook dan A Woman Under the Influence, aktres Gena Rowlands meninggal dunia pada usia 94 tahun. Kematian beliau disahkan oleh pejabat ejen anaknya, Nick Cassavetes. Cassavetes, yang juga pengarah filem The Notebook pernah berkongsi bahawa ibunya menghidapi Alzheimer sejak tahun 2019 lagi. Menurut laporan portal TMZ, Rowlands meninggal dunia di kediamannya di Indian Wells, California, dikelilingi oleh ahli keluarganya.
Rowlands Meneruskan Bidang Lakonan Demi Anak-Anak
Selepas kematian suaminya pada tahun 1989 akibat sirosis hati, Rowlands kembali berlakon untuk mengatasi kesedihannya dan untuk anak-anaknya yang menjadi pengarah-pelakon. Beliau mengambil peranan dalam pengarahan sulung anak lelakinya Nick, Unhook the Stars (1996), filem hitnya The Notebook (2004), dan Yellow (2012). Beliau juga berlakon dalam filem anak perempuannya Zoe, Broken English (2007). Rowlands juga memimpin drama coming-of-age pada tahun 1995 arahan Terence Davies, The Neon Bible, yang berlatarbelakangkan Georgia pada tahun 1940-an. https://www.instagram.com/p/C-ioDI_ShjX/ Peranan Rowlands sebagai Mabel Longhetti dalam drama A Woman Under the Influence pada tahun 1974 ditulis khas untuknya dan diarahkan oleh suaminya John Cassavetes. Filem ini membawanya kepada pencalonan pertama untuk Anugerah Akademi. Pencalonan yang satu lagi adalah untuk Gloria (1980), yang juga diarahkan oleh suaminya. Pada November 2015, beliau telah dianugerahkan Anugerah Akademi Kehormat di Anugerah Governors tahunan sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya beliau yang cemerlang. Rowlands, atau nama sebenarnya Virginia Cathryn Rowlands dilahirkan pada 19 Jun 1930 di Cambria, Wisconsin, AS. Bapanya adalah seorang pekerja bank dan ahli politik, sementara ibunya seorang pelakon. Rowlands berpindah ke New York untuk mempelajari seni drama di American Academy of Dramatic Arts selepas menamatkan pengajian di kolej. Berada di dalam bidang lakonan ialah impian Rowlands lebih-lebih lagi dia seorang yang suka membaca. Rowlands pernah bekerja dalam teater dan televisyen sebelum membuat penampilan sulung dalam filem Middle of the Night pada tahun 1956..See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
