7 Gaya Rambut Pendek Selebriti Yang Membuktikan Rambut Pendek Sentiasa Chic
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioMemilih gaya rambut pendek kadangkala terasa seperti mengambil satu keputusan besar, terutama jika anda sudah lama selesa dengan rambut panjang. Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita berani mencuba gaya rambut pendek kerana ia memberikan penampilan yang lebih segar, moden dan mudah dijaga. Malah di pentas fesyen dan karpet merah, potongan rambut pendek sering menjadi pilihan selebriti untuk tampil lebih standout.
Selain praktikal, gaya rambut ini juga boleh mengubah keseluruhan imej seseorang. Dengan potongan yang tepat, rambut pendek mampu menonjolkan struktur wajah, memberi dimensi pada rambut dan membuatkan penampilan kelihatan lebih kemas.
Jika anda sedang mencari inspirasi sebelum membuat temu janji di salon, beberapa gaya rambut pendek yang digayakan oleh selebriti ini boleh menjadi idea menarik. Setiap potongan mempunyai karakter tersendiri, ada yang edgy, ada juga yang lembut dan klasik.
Gaya rambut pendek ala selebriti Hollywood
Hailey Bieber – Relaxed Lob
Apa yang membuatkan gaya ini begitu popular ialah versatiliti. Ia boleh digayakan lurus untuk penampilan yang lebih kemas atau sedikit beralun bagi gaya santai yang effortless.
Bagi mereka yang ingin mencuba gaya rambut pendek tanpa memotong terlalu drastik, lob sering dianggap sebagai pilihan paling selamat.
Zendaya – Bixie Cut
Zendaya sering tampil dengan gaya ini dalam beberapa acara fesyen, menjadikan bixie antara gaya rambut pendek yang paling disebut oleh stylist pada masa kini.
Selain memberikan penampilan yang moden, bixie juga sesuai untuk mereka yang mahu rambut pendek tetapi masih ingin mengekalkan sedikit volume.
Florence Pugh – Gaya rambut pendek Buzz Cut
Walaupun ringkas, buzz cut sebenarnya menonjolkan struktur wajah dengan sangat jelas. Ia juga antara gaya rambut yang paling mudah dijaga kerana hampir tidak memerlukan styling.
Jenna Ortega – Short Wolf Cut
Versi pendek wolf cut memberi penampilan yang lebih ringan dan edgy. Jenna Ortega sering tampil dengan potongan layered yang menjadikan gaya rambut ini kelihatan santai tetapi tetap stylish.
Gigi Hadid – Gaya rambut pendek Textured Bob
Bagi mereka yang mahu gaya rambut pendek yang kelihatan natural tetapi masih bergaya, textured bob merupakan pilihan yang menarik.
Iris Law – Micro Bob
Model Iris Law sering tampil dengan gaya ini di pentas fesyen antarabangsa. Micro bob juga menjadi pilihan bagi mereka yang mahu gaya rambut pendek yang lebih bold dan fashion-forward.
Emma Corrin – Gaya rambut pendek Modern Crop
Gaya rambut seperti ini sering menjadi pilihan mereka yang ingin tampil berbeza dan lebih eksperimental dengan imej peribadi.
Inspirasi gaya rambut pendek yang tidak pernah lapuk
Trend rambut mungkin berubah setiap tahun, tetapi gaya rambut short sentiasa kembali dengan variasi baharu. Daripada lob yang klasik hingga potongan edgy seperti wolf cut atau bixie, setiap gaya menawarkan cara berbeza untuk mengekspresikan personaliti.
Jika anda sedang mempertimbangkan perubahan gaya, inspirasi gaya rambut daripada selebriti ini boleh membantu membayangkan potongan yang sesuai dengan bentuk wajah dan gaya hidup anda. Kadangkala, perubahan kecil seperti memotong rambut sudah cukup untuk memberikan rasa segar pada penampilan harian.
Artikel berkaitan: 7 Salon Rambut Terbaik di Lembah Klang Untuk Persiapan Perayaan
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
