fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Urban & Sporty, Fokus Utama Pra-Luruh 2022 Louis Vuitton
The Eighties Dream
Louis Vuitton Women’s Cruise 2025 Show Livestream
15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024
Fenomena Baru Fesyen Mewah

7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant

Pasangan pujaan, Keanu Reeves dan Alexandra Grant jarang membuat penampilan umum bersama. Bagaimanapun apabila muncul di khalayak ramai, mereka sentiasa kelihatan bergaya.

Keanu Reeves sering dirakam menyarung sut rona gelap yang dipadankan bersama kasut but, manakala teman wanitanya pula gemar menggayakan gaun labuh. Baru-baru ini pasangan itu menayang aksi mesra ketika membuat penampilan di Contemporary Art Gala di Los Angeles. Pasangan kegemaran netizen ini dilihat bercukupan di karpet merah, sekali gus membuatkan hadirin teruja.

Glam kongsikan beberapa momen fesyen Keanu Reeves dan Alexandra Grant sebagai pasangan kekasih setakat ini.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

LACMA Art + Film Gala, November 2019

Gaya berpasangan mereka turut berevolusi selepas mendedahkan percintaan kepada umum. Keanu Reeves dan Alexandra Grant memilih tema glamor kala berjalan di karpet merah LACMA Art + Film Gala pada 2019. Aktor berusia 58 tahun itu memakai sut tiga helai rona gelap dengan but coklat sama yang digayakannya sebelum ini. Teman wanitanya pula kelihatan anggun di sisinya dalam gaun rona biru kelasi.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse