fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Scha Alyahya: Kebahagiaan Menjadi Ibu
How to Wear: Off-the-shoulder look ala Nicole Warne
5 Momen Fesyen Ikonik Terkini Hailey Bieber
Charms, Trend Aksesori Fesyen Sebagai Perhiasan
Coperni Di Disneyland Paris Sempena Musim Bunga 2025

Adikarya Terindah Buat Koleksi Adibusana SS25

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Valentino

Penampilan sulung Alessandro Michele untuk koleksi Valentino Couture Musim Bunga/Musim Panas 2025, bertajuk “Vertigineux” membuka tirai ke satu ruang di mana, rujukan ensiklopedia bertembung dengan ketelitian seni pertukangan tinggi. Setiap helaian fabrik bukan hanya sekadar rekaan, tetapi simpulan naratif yang mempunyai maksud tersendiri. Boleh dikatakan, koleksi debut couture ini adalah sangat unik namun masuk akal, mempunyai kemungkinan tanpa batas. 48 busana dipersembahkan, setiap satu berfungsi memberi unsur yang pelbagai. Daripada proporsi yang tersusun rapi hingga ke rujukan visual dan budaya yang kompleks. Begitu juga dengan elemen geometri warna, sentuhan sinematik serta motif flora yang diinjek secara terperinci. Lantas, membentuk koleksi yang terasa seperti katalog berterusan dengan idea, kreativiti dan inspirasi. Melalui pendekatan yang teliti namun penuh kebebasan ini, Michele menghidupkan kembali semangat eksperimental haute couture dengan naratif yang berpaksikan intelektualisme dan estetikanya. Ia menjadikan setiap busana bukan sahaja rekaan fesyen semata-mata, tetapi karya yang membuka potensi baharu bagi rumah fesyen Valentino.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse