Visi Gaun Perkahwinan Chiara Ferragni Direalisasikan Oleh Dior
Sabtu yang lalu (waktu Itali) blogger Itali Chiara Ferragni said her I Do's bersama tunangnya, rapper Federico Leonardo Lucia dalam sebuah majlis megah dan menawan diPalazzo Nicolaci di Villadorata, sebuah istana megah terletak di Noto, Sicily. The wedding itself menjadi topik perbualan ramai dek kerana keindahan kawasan yang dipilih oleh pasangan ini namun the star of the show merupakan dua pasang busana Dior yang dikenakan oleh Ferragni pada majlis tersebut. Bekerjasama dengan pengarah kreatif Dior sendiri, Ferragni berjaya merealisasikan impian dan juga visinya buat hari istimewa itu. "Saya dan Maria Grazia Chiuri sudah memberi sokongan kepada satu sama lain untuk tempoh yang lama dan saya mahukan dia menjadi sebahagian daripada detik paling bermakna dalam hidup saya," ujar Ferragni kepada W.
Dari proses perancangan sehingga ke proses pelaksanaan, ia memakan masa lebih daripada enam bulan untuk Grazia Chiuri dan Ferragni. Ferragni memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita Grazia Chiuri kerana dia percaya pereka tersebut lebih dari mampu untuk merealisasikan visi yang Ferragni ada untuk dressnya yakni "saya inginkan sesuatu yang klasik dan abadi, bukan sahaja untuk meraikan perkahwinan saya malah untuk meraikan cinta. Saya suka mengatakan yang 'Saya suka untuk bercinta.'"
Pilihan Bacaan Seterusnya
Contre-Jour Adalah Wangian Berjiwa Misteri Dan Bebas
May 12, 2026
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
May 12, 2026
5 Kitten Heels Paling ‘Comfy’ Buat Si Gadis Kota
May 12, 2026
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama Zoe Saldaña dan Demi Moore
May 11, 2026
Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?
May 11, 2026
Ritma Moden Musim Panas Dengan Koleksi Resort Louis Vuitton
May 11, 2026
Baju Tidur Sutera atau Cotton, Mana Satu Buat Tidur Nyenyak?
May 11, 2026

