fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Venice Film Festival 2016: 5 Filem Wajib Tonton
Pembukaan Butik Mewah Patchi di Pavilion Elite
10 Diet Tidak Konvensional Golongan Selebriti Hollywood
Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia
Resort Dan Spa Mewah Di Bali

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Tersorok disebalik kehijauan nan rimbun disekelilingnya, Resort Keemala yang terkenal untuk villa kolam renang mereka dan rekaan villa yang unik itu membuatkan resort ini dinobatkan sebagai Bilik Paling Seksi Di Dunia untuk 2016. Berdekatan dengan pantai Patong, resort ini menekankan falsafah yang holistik dan turut menyediakan ritual healing spa, hidangan tempatan yang menyihatkan dan etos yang mesra alam. Bilik yang disarankan adalah Bird’s Nest Villa yang memperlihatkan pandangan hutan rimbun, bukit bukau dan Lautan Andaman.