fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
It’s Okay Being Single On Valentine’s Day, And Here’s Why!
Korner Mak Datin: Ketagih Surgeri ‘Buat Muka’, Datin Jadi Bahan Ketawa
GLAM Memori: Tunku Nadia Naquiyuddin
Tiffany & Co. Gala Dinner
Filem Yang Menekankan Peranan Wanita Akan Diberi Rating Feminist

Seleksi Musim Perayaan Memenuhi Selera

Cuti perayaan Krismas berlangsung ke hujung tahun paling dinanti-nantikan kerana kemeriahannya. Paling penting mencari menu paling enak bagi menjamu sahabat handai. 

 

Cuti paling panjang kesukaan anda semestinya di musim perayaan Krimas dan sambutan tahun baru. Kota Kuala Lumpur paling meriah dengan sajian hiburan dan paling penting sekali memilih kafe enak. Semestinya setiap tahun, Hilton Kuala Lumpur tidak pernah mengecewakan. Vasco's menyajikan menu hebat untuk pilihan anda saat meraikan Krismas bersama teman-teman.

 

Sekiranya anda masih belum punya perancangan pada malam Krismas, hari Krismas, malam tahun baru atau pada hari tahun baru, boleh lah merancang untuk mencuba sajian di sini. Menu tradisional Krismas terhidang seperti turki, daging, biri-biri dan banyak lagi. Disajikan dengan hidangan sampingan yang melengkapi rasa saat menjamah setiap sajian.

 

Dilengkapi dengan aneka manisan daripada kek, biskut dan puding. Paling enak semestinya puding roti dan Croquembouche yang pasti anda pulang dan masih teringat-ingat rasanya sepanjang hari. Nikmati sambutan perayaan dan cuti hujung tahun di Vasco's Hilton Kuala Lumpur dan kongsi pengalaman anda bersama kami.

 

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse