Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
Gandingan fast fashion dan label mewah! Our Second Nature menyambut ulang tahun ke-10 dengan koleksi ‘Mise-En-Place’. Sinergi cetakan arkib ikonik yang membawa pesona moden dan sofistikated.
Sempena meraikan Ulang Tahun Global yang ke-10, jenama kegemaran ramai, Our Second Nature, melancarkan koleksi sulung daripada siri trilogi istimewa mereka, Mise-En-Place. Menghubungkan jurang antara fast fashion dan label mewah, koleksi ini merupakan sebuah interpretasi penuh ketelitian dan penceritaan seni fabrik yang tiada tolok tandingnya.

Seni Kulinari Perancis Di Atas Kanvas Fesyen

Meminjam istilah kulinari Perancis yang membawa maksud “segala-galanya di tempat yang betul”, Mise-En-Place menterjemahkan ketenangan dan susun atur yang harmoni ke dalam helaian fesyen. Cetakan ikonik yang menjadi DNA jenama ini menghimpunkan semula memori daripada arkib koleksi terdahulu seperti Soup, La Risa, dan Savour. Ia kemudian diadun semula menjadi sebuah ‘hidangan’ visual yang ceria, sekali gus mengekalkan identiti utama OSN yang mementingkan siluet selesa, effortless, dan versatil.
“Kami sentiasa dekat dengan produk dan pelanggan kami, sambil terus memperhalusi apa yang menjadi identiti OSN. Koleksi cetakan kami kekal sebagai identiti utama kerana ia merupakan bentuk penceritaan unik kami,” jelas Velda Tan, Pengasas dan Pengarah Kreatif Our Second Nature.
Ekspresi Komuniti & Estetik Lokal

Bagi pasaran Malaysia, kehadiran koleksi ini membawa makna yang lebih mendalam terhadap pertumbuhan jenama. Pengurus Besar Negara OSN Malaysia, Dimaz Vinno, menyifatkan Mise-En-Place sebagai metafora keakraban komuniti yang dibina sejak 2024, ibarat sahabat yang berkumpul menikmati hidangan istimewa. Ia bukan sekadar pakaian harian, tetapi pelaburan gaya yang meraikan setiap fasa kehidupan si pemakai.
Artikel berkaitan: Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
