GLAM Deko Diari – Sajian Berbuka Menu Warisan
Seleksi menu tradisi semestinya menjadi antara pilihan dalam menikmati hidangan pada waktu berbuka. Deretan hotel menawarkan pelbagai pilihan menu untuk menyempurnakan sajian berbuka. Istimewa kali ini, Le Meridien Kuala Lumpur bekerja bersama Chef Budiman dan team kulinarinya mempersembahkan Serambi Juadah Warisan Desa sebagi tema bufet di Latest Recipe, salah satu ruang makan yang tersedia di hotel ini.
Sebagai pembuka selera, Chef Budiman memilih untuk menghidangkan seleksi kerabu berserta pilihan menu ringan seperti daging bakar, pecal dan aneka ulaman. Seperti kebiasaan bulan Ramadan, menu bubur lambuk antara yang disediakan di sini. Istimewanya di sini mereka menampilkan bubur lambuk berempah Mikerhani. Turut menarik untuk anda cuba adalah acar ikan masin yang merupakan resipi milik ibu kepada chef sendiri.
Pilihan yang disediakan tidak hanya terhad pada seleksi menu tradisi melayu, Latest Recipe turut menyajikan menu-menu tradisi popular seperti seleksi menu Jepun dan India yang disediakan dengan kualiti tertinggi. Anda turut berpeluang menikmati deretan pencuci mulut yang menggabungkan cita rasa asli dan fusion sebagai penutup palet rasa sesudah seharian berpuasa.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

