Penampilan Meghan Markle Bertudung Menziarahi Masjid Curi Tumpuan Dunia
Jelita dan ayu sekali! Ya, itulah respon warga net apabila melihat gambar-gambar Meghan Markle menutup kepalanya semasa melawati sebuah masjid di Afrika Selatan tular di media sosial baru-baru ini. Penampilan Duchess of Sussex menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja, pertama kali selepas melahirkan anak sulungnya sekitar 4 bulan lepas.

Picture: Chris Jackson/Getty ImagesSource:Getty Images
Meghan yang turut ditemani suami, Putera Harry mengenakan busana longgar berwarna hijau zaitun mendekati masyarakat di sana. Ia adalah masjid pertama dibina di Afrika Selatan dan khabarnya pasangan tersebut berpeluang untuk melihat manuskrip pertama Qu'ran di Afrika Selatan. Di samping itu, Meghan, 38, dan Harry, 35, berkesempatan duduk di lantai masjid dan mendekati pemimpin tempatan.

© Splashnews

Tindakan Meghan ini sekali gus mengingatkan kenangan terhadap ibu Harry, mendiang Puteri Diana yang turut memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan pada tahun 1991.

Jom kita saksikan gambar-gambar Meghan Markle yang sempat dirakam oleh media antarabangsa. (Kredit foto @SplashNews)
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

