Couturier Terkenal Azzedine Alaïa Meninggal Dunia Di Paris
Dunia fesyen dikejutkan pagi ini (waktu Paris) apabila penerbitan Perancis Le Point melaporkan pereka fesyen terkenal Azzedine Alaïa telah meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Alaïa yang merupakan idola buat fashionista-fashionista pada zaman 80-an dan juga 90-an telah membantu membentuk dunia fesyen pada zaman itu dan menyumbangkan bakatnya untuk kemajuan industri yang kita kenali sekarang.
Dilahirkan di Tunisia dan dibesarkan di ladang gandum, Alaïa mendapat inspirasi untuk menceburi bidang fesyen melalui kembar perempuannya dan juga orang di sekelilingnya. Teman kepada ibunya pernah menghadiahkannya beberapa naskhah majalah Vogue dan mencadangkan Alaïa untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan ukiran di Supérieur des Beaux Arts.
Pereka kelahiran Tunisia ini juga sangat dikenali dengan hasil kerjanya yang memberi fokus kepada struktur dan ketepatan juga antara pereka yang enggan mengikut kalendar fesyen rasmi dan bekerja mengikut rentaknya sendiri.
When the collection is ready, it’s ready.
- Azzedine Alaïa perihal koleksinya.
Gelaran "King of Cling" juga telah dibeirkan kepada pereka berbakat ini kerana setiap ceraian yang dihasilkannya ibarat kulit kedua bagi si pemakai.

Sebelum membuka ateliernya sendiri pada tahun 1970, Alaïa memulakan kerjanya dalam bidang fesyen degan Christian Dior sebagai seorang tailleur, kemudiannya membawa diri ke Guy Laroche dan akhir sekali Thiery Mugler.
Rekaan Alaïa juga sering menjadi pilihan selebriti-selebriti ternama seperti Naomi Campbell (yang menggelarnya Papa), Tina Turner, Michelle Obama, Lady Gaga, Grace Jones, Carla Sozzani, Victoria Beckham, dan juga Madonna.
Pereka berbakat ini mengecapi kejayaan dengan fahamannya perihal tubuh badan wanita melalui pemerhatian yang dibuatnya tentang citarasa dan pergerakan wanita.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

