Joe Flizzow Mengangkat Nama Malaysia di MTV EMA 2018

Sudah hampir dua dekad menceburi industri muzik, rapper tanah air Joe Flizzow telah melonjakkan lagi namanya dan juga industri muzik Malaysia di MTV EMA 2018 yang diadakan di Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.
Rapper berbakat itu merupakan penerima anugerah Penghibur Terbaik Asia Tenggara 2018 sekaligus mengalahkan Afgan (Indonesia), IV of Spades (Philippines), Minh Hang (Vietnam), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), dan Twopee Southside (Thailand).
Joe Flizzow, atau Johan bin Ishak, mula menempa nama sebagai salah seorang daripada duo Too Phat pada tahun 1998 bersama Malique. Duo ini telah membantu mengubah dan memberi impak kepada genre hip hop di Malaysia dengan aksi-aksi mereka.
Anugerah ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2013 dan Joe Flizzow merupakan anak Malaysia pertama yang berjaya meraih anugerah ini.
Menujukan anugerah ini kepada para peminatnya Joe Flizzow turut menambah, "Saya percaya ini membuktikan walaupun bilangan kita kecil, tetapi apabila kita bersatu, kita bisa mencapai apa sahaja."
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026
