10 Penampilan Terbaik di 2025 SAG Awards
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Feb 26, 2025
Acara berprestij Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 telah berlangsung meriah, meraikan para penggiat dunia lakonan untuk tahun yang ke-31. Daripada Demi Moore sehingga ke Selena Gomez, kesemua yang hadir tampil menyerlah di dalam persalinan masing-masing.
Seperti Anugerah BAFTA, Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 juga mengumpulkan bintang TV dan filem bagi memberi penghormatan dengan acara penganugerahan mengikut kategori yang disenaraikan. Ketika musim anugerah menghampiri kemuncaknya, bintang Hollywood mempunyai peluang terakhir untuk membuat kenyataan fesyen di atas permaidani merah sebelum Oscar. Pada malam Anugerah SAG kali ini, momen karpet merah seperti biasa menjadi momen paling eksklusif dan amat dinanti-nantikan. Para A-listed selebriti menghadiri dengan busana dan gaya yang mencuri tumpuan, lantas menjadi bualan hangat di media sosial.
“Less is more” adalah pernyataan terbaik untuk dihurai buat tampilan para selebriti yang kelihatan cukup menawan. Walaupun sesetengah memilih ensembel gelap yang lebih dramatik, ada juga yang memilih rona dan material yang lebih cerah serta lembut untuk sentuhan penampilan yang segar. Demi Moore memukau dengan gaun serba hitam bermaterial kulit dari Bottega Veneta, manakala Zoe Saldaña kelihatan anggun dalam gaun baldu Saint Laurent. Sementara itu, Keke Palmer memadukan gaun vintage dari Chanel dan Ariana Grande memadankan busana dari Loewe dengan cemerlang. Quinta Brunson dan Millie Bobby Brown pula masing-masing memilih penampilan renda dan satin yang halus, menyuntik rasa lembut dan romantis.
Momen karpet merah ini juga menampilkan kenyataan fesyen-fesyen yang berani seperti Cynthia Erivo dalam gaun Givenchy perak dari koleksi Haute Couture Fall-Winter 1997 dan Danielle Deadwyler yang memadukan gaun berstruktur custom Louis Vuitton. Turut diperlihatkan barisan pelakon lelaki seperti Andrew Scott, Tyler James Williams dan Jeremy Allen White, memperagakan gaya sut yang lebih longgar dan kasual. Manakala Timothée Chalamet tampil menyerlah dengan sut Chrome Hearts kulit yang diinjek esen berani dengan padanan aksesori tali leher. Kesemuanya nyata mempersonakan di momen eksklusif karpet merah Anugerah SAG 2025.
Artikel Berkaitan: Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024
Senarai Selebriti Dengan Penampilan Terbaik Di Anugerah SAG 2025
1. Selena Gomez
2. Anna Sawai
3. Timothee Chalamet
4. Michelle Yeoh
5. Nicola Coughlan
6. Ariana Grande
7. Sofia Carson
8. Keke Palmer
9. Cynthia Erivo
10. Demi Moore
Artikel Berkaitan: Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
