Loading media...

Unable to load content
17 Selebriti Paling Menyerlah Di Anugerah Grammy 2024
Penampilan Kemewahan Chanel Melalui CODE COCO Bertatah Berlian
Live Streaming: Pentas Gucci Musim Luruh 2016
Best Look: Festival Filem Venice 2015
Sama Sama Cantik! Ini Dia 8 Personaliti Anggun Mewarisi Kejelitaan Si Ibu
Home > Fesyen > 5 Gaya Fyza Kadir Terkini Paling Stailish Pilihan GLAM

5 Gaya Fyza Kadir Terkini Paling Stailish Pilihan GLAM

Satu perkataan untuk menggambarkan gaya Fyza Kadir, stunning! Jom ikut GLAM lihat gaya terkininya yang cukup memukau. 

Siapa sahaja tidak mengenali Fyza Kadir, pempengaruh digital yang sering tampil dengan fesyen mewah lagi stylish ini. Semestinya Fyza Kadir sering menjadi inspirasi kepada pencinta fesyen tanah air hari ini. Dia juga amat aktif di media sosial juga sering menghadiri majlis-majlis fesyen juga kecantikan. Setiap kali melihat penampilannya, pasti sesiapa sahaja akan terpukau dengan stail elegannya itu.

Seperti barbie doll bergerak! Fyza Kadir bijak menggayakan apa jua yang disarungnya. Baik busana gaun leret mewah atau bergaya santai mengenakan jaket denim, semuanya melekap cantik pada tubuh langsing wanita ini. Antara yang menarik perhatian GLAM apabila melihat dia mengenakan sepasang busana rona kuning sequin daripada jenama Sau Lee bersama sepatu cantik daripada Le Silla. Tidak ketinggalan, beg tangan rona biru Delvaux melengkapkan lagi keseluruhan penampilannya itu.

Baru-baru ini, kelihatan gaya Fyza Kadir yang mengenakan dress paras lutut rona biru lembut bersama padanan perhiasan diri rona emas Tiffany & Co. . Gayakan pula bersama sepatu rona hitam dan beg tangan FENDI melengkapkan lagi penampilan cantik wanita ini ketika berada di Singapura.

Lihat 5 Gaya Fyza Kadir Pilihan GLAM Bulan Ini

Fesyen Fyza Kadir

#1 Ini Fyza Kadir sewaktu menghadiri pembukaan rasmi butik Chaumet di ibu kota beberapa minggu yang lalu.

gaya fyza kadir

#2 Fyza Kadir ketika sedang brunch di hotel terkemuka ibu kota

gaya fyza kadir

#3 Fyza Kadir dilihat menghadiri majlis pembukaan stor pop-up Dior

#4 Gaya anggun mewah Fyza Kadir di Singapura yang memukau sesiapa sahaja memandangnya. 

#5 Antara look kegemaran kami oleh Fyza Kadir. Ini adalah sewaktu dia berada di Itali baru-baru ini. Cukup chic