5 Jangkaan Trend Fesyen Musim Luruh 2024
Dalam fokus untuk menghangatkan badan pada musim luruh 2024, fesyen untuk kekal bergaya dalam kedinginan cuaca ini tidak boleh dilupakan.
Musim luruh 2024 akan datang dan semestinya gaya fesyen yang tidak boleh dilupakan. Musim luruh ialah musim terbaik untuk berfesyen lebih-lebih lagi dengan warna yang memberi kehangatan kepada penggemar fesyen. Sempena musim luruh yang bakal datang, GLAM ingin berkongsi jangkaan trend fesyen fall pada tahun ini.
Paradoks Alam Semulajadi dan Seni Menjadi Satu Melalui Dior a Versailles, Côté Jardins
#YSL14 Oleh Anthony Vaccarello Menggamit Suasana 80-an Moden
BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic
Song Couple Umum Cerai, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo
Glam Profil: Yinn Ooi
Most GLAM 2024: The Chameleons
#1 Rona Mahogany
Rona mahogany adalah rona coklat gelap yang kaya dengan tona kemerahan, menyerupai penampilan kayu mahogany yang mirip namanya. Warna ini sering dikaitkan dengan kehangatan, sofistikasi, dan keanggunan. Untuk musim luruh 2024, mahogany dijangka menjadi trend utama. Warna mahogany yang dalam dan hangat sesuai dengan musim luruh yang biasanya mengutamakan rona-rona bumi yang kaya. Mahogany memberikan suasana yang selesa dan seiring dengan landskap musim luruh. Sifatnya rona ini yang timeless memastikan warna ini tetap bergaya dan relevan, memberikan estetika klasik yang tidak mudah lapuk.
Gambar dari: Pinterest
#2 Tas Tangan Maxi
Tas tangan maxi adalah beg bersaiz besar yang dijangka menjadi trend untuk musim luruh 2024. Tas tangan maxi menawarkan ruang yang luas, menjadikannya ideal untuk membawa barang-barang harian. Aspek praktikal ini menarik bagi mereka yang memerlukan beg yang boleh memuatkan banyak barang seperti komputer riba hingga lapisan pakaian tambahan. Dengan saiznya yang besar, ia membolehkan tas ini digunakan dalam pelbagai situasi, dari tempat kerja hingga keluar bersantai. Untuk musim luruh 2024, tas tangan maxi akan sering menampilkan warna-warna musim yang kaya seperti coklat, mahogany, burnt orange, dan hijau kusam. Bak tas tangan maxi dari Bottega Veneta yang kini menjadi trend, tas ini juga akan melengkapi gaya musim luruh anda. https://www.instagram.com/p/CDLp4dIqDIE/?hl=en#3 Suede
Sejenis kulit dengan tekstur lembut dan berbulu iaitu suede juga dijangka menjadi pilihan ramai untuk musim luruh 2024 ini. Suede terkenal dengan rasa mewah dan penampilan yang kaya, menjadikannya pilihan popular dalam fesyen. Tekstur unik suede menambah sentuhan sofistikasi dan keselesaan pada pakaian musim luruh. Kualitinya yang lembut dan sentuhan suede meningkatkan pengalaman sensori ketika memakainya, menjadikannya pilihan yang digemari untuk cuaca yang lebih sejuk. Jaket suede, kot trench, dan vest akan menjadi pilihan utama yang menonjol sambil kekal klasik. Selain itu, but dan loafers suede juga akan popular, menawarkan gaya dan keselesaan. Untuk penampilan yang sleek dan moden, pilih pakaian suede monokrom dalam tona coklat atau tan. Ini mencipta penampilan yang kemas.
Gambar dari: Pinterest
#4 Retro & Vintage
Gaya retro dan vintage adalah dua pendekatan fesyen yang dijangka mendominasi musim luruh untuk tahun 2024. Kedua-dua gaya ini menawarkan sentuhan nostalgia dan keanggunan yang tak lapuk oleh waktu. Gaya retro merupakan pengaruh fesyen dari berdekad lalu, sering kali menonjolkan elemen dari tahun 1960-an hingga 1990-an. Ini termasuk corak, warna, dan potongan yang ikonik dari masa lalu yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan fesyen kini. Cetakan retro seperti paisley, floral, dan tartan akan kembali popular. Corak yang besar dan berani akan memberi penampilan yang menonjol dalam pakaian musim luruh. Siluet dari era 70-an dan 90-an, seperti seluar flare, blaus berleher tinggi, dan jaket besar sudah pun menjadi satu trend sekarang. Potongan ini memberikan penampilan yang lebih berani dan bergaya lebih-lebih lagi ketika musim luruh.
Gambar dari: Pinterest
See Also
#5 Tekstur & Fabrik Berlapis
Tekstur dan fabrik berlapis memberikan kedalaman dan dimensi pada pakaian. Kedua-dua elemen ini memainkan peranan penting dalam mencipta penampilan yang menarik dan praktikal untuk musim ini. Tekstur fabrik seperti baldu, suede, korduroi, tweed dan knitted merupakan antara fabrik yang sesuai dengan musim luruh yang dingin. Musim luruh 2024 akan menunjukkan penggunaan lapisan yang pelbagai, seperti jaket di atas sweater, dan kemeja di bawah blazer. Lapisan ini bukan sahaja memberi gaya tetapi juga memberikan fungsi tambahan dalam menahan kesejukkan.
Gambar dari: Pinterest
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
