Loading media...

Unable to load content
Coach Spring 2024 Runway Show Livestream
Ikon Fesyen: Giovanna Battaglia
Panduan Fesyen Musim Luruh 2023, Dari Coach ke Michael Kors
Ini 3 Trend Fesyen Yang Mendominasi TikTok 2022
Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas
Home > Fesyen > 5 Stail Selebriti untuk Menggayakan Kod Pakaian “Smart Casual”

5 Stail Selebriti untuk Menggayakan Kod Pakaian “Smart Casual”

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kod pakaian smart casual sering menjadi antara gaya yang paling sukar untuk digayakan. Tapi apa sebenarnya maksudnya? Gaya ini sering dicadangkan untuk acara sosial kerja yang santai atau sesi jaringan profesional. Ia menuntut padanan pakaian yang kelihatan relaks namun masih kelihatan kemas dan profesional. Kedengaran mencabar? Ya, tetapi dengan gaya yang betul, anda boleh tampil bergaya tanpa berlebihan.

Apa yang perlu ada dalam almari pakaian ‘smart casual’?
Mulakan dengan item asas yang mungkin sudah anda miliki—seperti blazer, seluar slack, kemeja berkolar dan skirt formal. Kemudian, fikirkan bagaimana untuk menjadikannya lebih santai: padankan blazer dengan seluar jeans, atau t-shirt polos dengan skirt berpotongan kemas. Kunci utama di sini ialah kontras. Aksesori seperti beg bahu kulit dan kasut loafer berpotongan tebal juga mampu menjadikan gaya anda tampak lebih ‘dressed-up’—walaupun hanya mengenakan jeans.

Gabungkan Gaya Santai dan Kemas

Gaya smart casual yang digayakan oleh Anzalna dalam gambar ini memperlihatkan keseimbangan yang sempurna antara elemen elegan dan santai, sesuai untuk pelbagai acara semi-formal. Blazer kelabu dengan potongan asimetris dan lengan lebar memberikan sentuhan moden yang tidak terlalu kaku, manakala tali pinggang hitam membantu mencipta siluet yang lebih kemas dan sofistikated. Padanan hijab hitam polos yang digayakan secara rapi menyerlahkan penampilan yang bersih dan profesional. Seluar potongan lurus hitam pula menjadi pilihan bijak untuk memberi kesan tinggi dan kemas, sekaligus melengkapkan gaya keseluruhan dengan sempurna. Ditambah pula dengan aksesori minimal seperti cermin mata hitam dan cincin, penampilan Anzalna ini jelas menepati konsep smart casual yang sesuai untuk acara pelancaran, sesi rangkaian profesional, atau makan malam korporat.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse