Loading media...

Unable to load content
Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di Emmy Awards 2023
Sentuhan Sarah Burton Mengorak Langkah Di Givenchy
GLAM 101: Yves Saint Laurent
The Power of Red
Seri Kilauan Mewah di Oscar!
Home > Fesyen > 80 Kedai Baru Topshop dan Topman Untuk 2017

80 Kedai Baru Topshop dan Topman Untuk 2017

 

Rancangan Topshop untuk membuka 80 kedai baru Topshop dan Topman di Tanah Besar China bermula pada 2017 di Beijing atau Shanghai sudah disahkan oleh Topshop.

 

“Buat pertama kalinya, kedua-dua jenama akan menghantar fesyen ke China,ibu kota pembangunan untuk ekonomi retail, dengan membuka kedai-kedai berskala penuh,” kata Philip Green pengerusi Arcadia Group.

 

Jenama fesyen jalanan yang terkenal itu juga akan bekerjasama dengan Shangpin.com sebuah laman boleh digunakan oleh ahli sahaja dan membenarkan mereka untuk membeli jenama-jenama Barat. Topshop dan Shangpin.com telah mula bekerjasama sejak 2014.

 

“Masa depan retail bergantung kepada apa yang ditawarkan dan saluran-saluran membeli belah yang ada,” sambung Philip.

 

“Ini merupakan gabungan online dan off-line yang paling hebat dengan menggunakan kepakaran kami untuk menarik trafik dan kebolehan Topshop untuk membuatkan pengalaman membeli-belah lebih seronok dan merangsangkan,” Pengasas dan CEO Shangpin.com David Zhao menyatakan.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid