Takhta Selena Gomez Sebagai Selebriti Paling Berpengaruh Dirampas
Kate Moss Menyambut Hari Lahirnya Yang ke-43
Ramalan Oscar 2015
Pelancaran La Nuit Tresor Lancome Bersama Neelofa
KANVAS EMAS KIM IL TAE
Home > GLAM Life > Keindahan Bumi Switzerland

Keindahan Bumi Switzerland

Inilah destinasi yang berada di kedudukan pertama mereka yang gemar menggembara. Switzerland cukup sempurna dikurniakan dengan keistimewaan di setiap sudut muka buminya. Gabungan masyarakat Swiss, Itali, Perancis dan Jerman antara keunikan Switzerland selain keindahan panorama yang begitu mengasyikkan. Kebanyakan tempat di sini berlatarkan pemandangan yang kaya dengan keindahan semulajadi. Gunung-ganang, tasik membiru dan hamparan menghijau sambil menghirup udara nyamannya menjadikan ia destinasi idaman ramai. GLAM turut berpeluang ke sana nikmati kekayaan panorama serta budayanya dan menampilkan beberapa lagi lokasi yang harus anda kunjungi kala ke sana nanti.

 

 AppenzellGambar: Everett Potter

 

Appenzell Di sini terdapat tempat-tempat menarik antaranya anda boleh mencuba kejunya yang amat lazat berbanding yang pernah anda rasa sebelum ini. Selain itu, latar gunung disekelilingnya akan membuatkan and rasa sejuk dan nyaman.

 City of BerneGambar: Ingimage

Bern Old Town Old Town Bern ini telah memperoleh status Warisan Dunia UNESCO dengan  reka bentuk bangunan di sini masih bercirikan warisan mereka. Anda boleh melihat keunikan tradisi mereka di sini dan juga melihat keindahan daerah ini.

 OeschinenseeGambar: Wikimedia

  Lake Oeschinen Tasik ini mempunyai keunikan yang tersendiri, antaranya pada musim sejuk tasik ini akan menjadi beku dan ramai peluncur ais akan menghabiskan masa mereka di Lake Oeschinen ini. Selain itu, kawasan ini kaya dengan bunga orkid buat penggemar bunga-bungaan.  

City of Lucerne in SwitzerlandGambar: Ingimage

  Lucerne and Lake Lucerne Lucerne adalah sebuah bandar yang mempunyai bangunan serta binaan menarik termasuk jambatan kayu The Chapel Bridge yang cukup ikonik. Disini dipenuhi dengan kedai-kedai yang menawarkan pelbagai barangan tempatan. Lake Lucerne adalah sebuah tasik gergasi yang terbentuk dikelilingi oleh gunung-gunung yang menjulang tinggi.  

Aerial view of Interlaken, SwitzerlandGambar: Ingimage

  Interlaken Ia adalah sebuah bandar yang terletak di antara dua Alpine Lakes,  Interlaken adalah kawasan yang paling indah di seluruh Switzerland mahupun di seluruh dunia. Landskapnya yang menakjubkan dengan merangkumi pergunungan berlitup salji dengan air terjun. Ia juga laluan pengangkutan asas ke gunung-gunung di daerah itu. Apa kata habiskan masa beberapa hari di sini dan aktiviti wajib bersantai nikmati panorama dengan secangkir kopi.