Theo James Disunting Boss Parfums
Pereka menswear Malaysia: TENGKU SYAHMI
GLAM Lelaki Julai 2015
Selebriti Lelaki Segak Dalam Sut Formal
Kenali Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan Zalora
Home > GLAM Lelaki > Resolusi Segak Rapi

Resolusi Segak Rapi

Man groomingGambar: INGimage

Panduan Penjagaan Wajah – Untuk menghindari muka daripada jerawat dan cela, pastikan anda mencuci muka selalu. Basuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. – Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. Tidak digalakkan memakai sabun badan di muka kerana akan menyebabkan kulit wajah menjadi kasar dan kering. – Guna pelembap untuk mengekalkan kelembapan di wajah. – Sekali-sekala pakai penyegar yang mengandungi vitamin E dan aloe vera supaya lebih segar. – Tanda-tanda awal penuaan kebiasannya mula muncul di sekitar mata. Untuk mengelakkan mata dari kelihatan letih dan lesu, sapu krim mata setiap kali sebelum tidur. – Gunakan buih busa pencukur supaya lebih mudah untuk bercukur dan tidak luka. Pemakaian after shave mengurangkan kerengsangan, kemerahan dan lebih selesa. – Pakai pelembap bibir untuk mengelak kekeringan dan rekahan. Panduan Penjagaan Tubuh Badan – Mandi sekerap mungkin untuk tampil lebih segar dan wangi. Kikis tabiat mandi sekali sehari. – Sentiasa gunakan deodoran dan cologne sejurus selepas badan dikeringkan. Namun jangan guna secara berlebihan kerana baunya mungkin tidak menyenangkan. – Buang bulu berlebihan pada badan. Cuba waxing supaya badan nampak rata dan bersih. – Potong kuku tangan dan kaki (manicure and pedicure). Kuku juga perlu dijaga dengan betul kerana kotoran mudah terlekat di celah kuku dan kulit. – Kebersihan kaki juga perlu dititik beratkan. Cuba sapukan bedak di kaki untuk mengurangkan peluh serta mengikis bau yang tidak diingini.