Putera George Ibarat Kembar Putera William Ketika Kecil
Gambar: TPGVIP
1. Gambar kiri adalah ketika Putera William berusia 2 tahun pada tahun 1984 manakala gambar kanan adalah Putera George sewaktu majlis pembaptisan adiknya, Puteri Charlotte pada 5 Julai 2015. Kedua-dua mereka menyarungkan helaian celana pendek merah serta baju putih yang seakan sama.
Gambar: TPGVIP
2. Kemunculan pertama kedua-dua putera ini di balkoni Istana Buckingham turut mengukir persamaan ketara. Gambar kiri menyaksikan Putera William dirangkul bapanya, Putera Charles pada tahun 1984 manakala gambar kanan menunjukkan Putera William sendiri merangkul Putera George sewaktua Perarakan Panji Diraja British Jun lalu.
Gambar: TPGVIP
3. (Kiri) Putera William yang berusia 6 bulan dipangku Putera Charles di Istana Kensington manakala gambar kanan pula menyaksikan Putera William merangkul erat Putera George sewaktu lawatan di Taronga Zoo, Australia tahun lalu.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
