Home > GLAM Lelaki > 15 Muzik Video Paling Ikonik Sepanjang Zaman
15 Muzik Video Paling Ikonik Sepanjang Zaman
Muzik tidak pernah berhenti berevolusi dan muncul dengan genre-genre baru. Keunikan serta kreativiti sesebuah konsep muzik video menjadi senjata utama sesebuah lagu itu diingati sampai bila-bila. GL memilih 15 muzik video yang dikategorikan sebagai ikonik.
1. George Michael – Freedom 90 (1990)
Antara koleksi muzik video klasik George Michael, Freedom 90 adalah yang paling epik dan menjadi bualan ramai peminat sehingga kini. Kelibat lima supermodel terhebat 90-an (Naomi Campbell, Linda Evangelista, Christy Turlington, Tatjana Patitz, Cindy Crawford) serta tiga model lelaki beraksi miming lagu Freedom 90. Jaket kulit dibakar, jukebox serta gitar diletupkan melambangkan kebebasan diri buat George selepas era album ‘Faith’. Ironinya, keunikan muzik video ini memberi impak juga perubahan dalam pembentukan muzik video menjadi lebih luar biasa. Attitude dan penggayaan setiap model seperti potongan rambut boy cut platinum blonde Linda Evangelista dan Tatiana Patitz menyarung jaket kulit sambil memegang cerut sungguh ikonik. Muzik video ini antara pengarahan video terbaik pernah dilakukan.
2. Aerosmith – Crazy (1994)
Watak dua gadis sekolah (Alicia Silverstone, Liv Tyler) yang nakal di dalam muzik video ‘Crazy’ menjadi igauan seluruh pemuja muzik Aerosmith sehingga kini. Kelincahan dan kisah perjalanan mereka mahu bebas dari alam persekolahan berjaya diceritakan dengan sempurna. Babak Liv Tyler menyertai pertandingan tarian erotik juga memandu kereta Ford Mustang biru adalah antara sebab muzik video ini terus diingati. Tambahan pula, Alicia dan Liv ikon gadis remaja yang sangat popular lewat 90-an, digabung pula dengan susunan muzik serta kehebatan vokal Steven Tyler mencipta muzik video yang sungguh hebat.
3. Fatboy Slim – Weapon of Choice (2000)
Muzik video yang menampilkan aktor Christopher Walken menyarung sut ligat menari sepanjang lagu ‘Weapon of Choice’ mengambil lokasi di ruang lobi Hotel Marriot, Los Angeles berjaya membuatkan ramai peminat muzik terpegun. Lebih dikenali dengan watak antagonist dalam filem Pulp Fiction, Sleepy Hollow dan True Romance, ternyata Walken juga seorang penari yang hebat. Sebenarnya, konsep muzik video ini cukup bersahaja tetapi prestasi juga gerak tari Walken yang memukau sukar dilupakan. Muzik video arahan Spike Jonze ini berjaya meraih enam anugerah MTV antaranya Arahan Terbaik dan Koreografi Terbaik.
4. Guns N’ Roses – November Rain (1992)
Muzik video arahan Andy Monahan untuk lagu ‘November Rain’ adalah epik dan mempunyai kehebatan sinematografi tersendiri. Dikatakan muzik video ini menelan kos US$1.5 juta, produksi yang begitu lavish tetapi cukup berbaloi kerana muzik video serta lagu ini adalah pencapaian teragung buat Guns N’ Roses. Muzik video yang mengisahkan Rose mengahwini teman wanitanya iaitu model Stephanie Seymour menjadi tunjang muzik video ini. Walaupun banyak spekulasi timbul bagaimana watak Seymour meninggal dunia, hubungan antara kisah pendek James dan jalan cerita muzik video ini berpendapat Seymour membunuh diri. Siapa yang boleh melupakan dengan perkahwinan, dan raungan Slash pada gitarnya di luar sebuah gereja berlokasi di New Mexico?
5. Paula Abdul – Straight Up (1988)
Dimulakan dengan tarian tap dan dengan konsep hitam putih, muzik video ‘Straight Up’ mencetus fenomena muzik pop lewat tahun 80-an. Penggayaan Paula Abdul menyarung jaket military oversize, korset sekuin dan anting-anting bear menjadi rujukan buat kelompok fesyen. Susunan muzik yang catchy serta unforgettable ini selari dengan kehebatan koreografi Paula yang mampu menguasai pentas kreativiti dunia muzik. Peminat berpendapat pengaruh muzik video ini cukup kuat sekali sehingga muncul beberapa penghibur baru yang mahu meniru konsep muzik video ini.
6. Peter Gabriel – Sledgehammer (1986)
Keunikan muzik video dendangan Peter Gabriel ini berjaya menggondol sembilan Anugerah MTV Video Muzik pada 1986. Pergerakan visual-visual dalam muzik video ini menimbulkan kesan yang amat menarik lantas menjadikannya antara muzik video paling ikonik pernah wujud. Pertembungan karakter lucu dengan sifat ceria Peter Gabriel sememangnya membentuk sebuah muzik video yang diingati. Tambahan pula, inovasi claymation, pixilation dan animasi stop-motion dalam muzik video era 80-an. Walaupun kini sudah wujud muzik video yang jauh lebih canggih, tetapi takkan sama dengan muzik video ini.
7. Madonna –Vogue (1990)
Dirakamkan dalam hitam-putih, muzik video ini mengimbas kembali dan mengambil inspirasi dari zaman The Golden Hollywood dengan penggunaan karya seni oleh pelukis Tamara de Lempicka dan set rekaan Art Deco. Pelbagai foto yang mengabadikan wajah bintang-bintang ternama seperti Marilyn Monroe, Jean Harlow dan Katharine Hepburn menghidupkan suasana gemerlapan era 20-an menterjemahkan lagu ‘Vogue’ itu. Fenomena gerak tari ikonik Vogue yang menggiurkan menjadi ikutan peminat dan pada pengakhiran muzik video kelihatan Madonna memakai ‘cone bra’ yang menjadi symbol ikonik muzik video ini serta meletakkan kerjaya Madonna di tangga teratas sekali.
8. Duran Duran – Girls on Film (1981)
Duran Duran memecah tradisi dengan menampilkan model dalam muzik video mereka. Jika sebelum ini penyanyi lain mengambil pelakon sebagai model mereka, Duran Duran gemar mengambil model sebenar untuk menyerikan muzik video ‘Girls on Film’. Ikoniknya, konsep muzik video ini mencetus beberapa kontroversi yang dianggap seksual dan memaparkan elemen-elemen negatif terhadap kaum wanita. Beberapa babak menampilkan model berjalan memberi gambaran senario fantasi seks dan seks fetisy dianggap sebagai cubaan berani pada waktu itu. Tiga puluh tahun kemudian, muzik video ini masih segar dan relevan jika dilihat hari ini.
9. Michael Jackson – Thriller (1983)
Tidak memerlukan pengenalan, Michael Jackson sememangnya terkenal dengan koleksi muzik video klasik yang cukup ikonik. ‘Thriller’ diangkat sebagai filem mini pop paling berpengaruh sepanjang zaman. Mengambil suasana era 50-an, Jackson tampil bersama kekasih (Ola Ray) berjalan ke kawasan perkuburan lantas berubah menjadi zombi dan memulakan koreografi yang paling ikonik pernah dicipta. Jaket merah yang disarung oleh Jackson menjadi busana yang sungguh ikonik sehingga hari ini.
10. Blondie – Heart of Glass (1979)
Debbie Harry disanjung kerana lagaknya sebagai seorang rockstar!‘Heart of Glass’ rekod yang menaikkan nama band Blondie. Muzik video ini dirakamkan di lokasi ikonik iaitu Studio 54 di mana Stanley Dorman menjadi pengarahnya. Dimulakan dengan rakaman suasana malam kota New York kemudiannya berselang-seli close-up wajah Harry. Selera fesyen Harry dalam muzik video ini cukup ikonik kerana dia memakai dress koktel potongan simetri rona perak rekaan pereka fesyen Stephen Sprouse sekali gus menarik perhatian ramai peminat fesyen juga dijadikan rujukan fesyen pada waktu itu. Inspirasi rentak disko turut menjadi sebahagian elemen dalam pembikinan muzik video ikonik ini.
11. MC Hammer – U Can’t Touch This (1990)
Muzik video ‘U Can’t Touch This’ menterjemahkan gelombang budaya pop pada tahun 90-an lantas menjadi ikutan seluruh peminat muzik. The one-hit wonder memperkenalkan parachute pants yang dipakai MC Hammer bersama penarinya mengangkat gaya retro yang tidak mungkin dilupakan oleh sesiapa pun. Nyanyikan sahaja lirik ‘U Can’t Touch This’, rekaan parachute pants serta gerak tari Hammer pastinya terlintas di minda setiap penggemar muzik. Kedua-dua signature ini memberi takrifan mengapa muzik video ini dikategorikan sebagai ikonik. Let’s do the Hammer dance!
12. Ok Go – Here It Goes Again (2006)
Siapa sangka muzik video berdurasi 3 minit 5 saat yang hanya merakamkan sekumpulan band yang terdiri daripada empat orang menari diatas treadmill mampu bertaruh menjadi video muzik terhebat sepanjang zaman? Kreativiti koreografi mereka menjadi pujaan dan membuka mata pengikut muzik untuk menumpu apakah rancangan band ini seterusnya. Kekuatan muzik video ini memberi impak buat industri muzik dunia dan membuka pelbagai kemungkinan untuk penyanyi lain tampil dalam pembuatan muzik video dengan idea-idea luar biasa. C-C-C-Cinnamon Lips!
13. Nirvana – Smells Like Teen Spirit (1991)
Mengambil inspirasi film Over the Edge serta Rock ‘n’ Roll High School, keunikan muzik video ini seperti persembahan konsert sekolah, diakhiri huru-hara simbolik kepada suasana sebenar sekolah tinggi. Menonjolkan tenaga rock sebenar, Nirvana beraksi di atas pep rally di pusat gimnasium sekolah sambil ditonton oleh sekumpulan pelajar dan penyorak menyarung dress hitam ditampal simbol Circle-A Yakin Beretta penganut anarki. Konsep muzik video ‘Smells Like Teen Spirit’ seolah-olah the greatest gig you could ever imagine!
14. A-Ha –Take On Me (1985)
Kombinasi muzik video yang quirky dan lagu yang cukup catchy serta Baba Magnet Furuholmen bermain keyboard memberikan pakej muzik video pop sempurna. Ilham buku komik yang dibaca pengarahnya ketika masih kecil menampilkan dua lelaki berlumba motosikal juga sidecars. Babak paling ikonik sekali apabila Harket dan gadis pujaannya melihat antara satu sama lain dalam dua dunia yang berbeza iaitu nyata dan animasi melalui sebuah cermin. Untuk menghasilkan muzik video ini, 3000 buah lukisan diperlukan. Kesempurnaan penyampaian emosi dan perasaan dalam ilham karikatur memahat muzik video ini sebagai antara ciptaan paling agung.
15. TLC – Creep (1994)
Semangat yakin dan kuasa wanita menjadi kekuatan muzik video ini yang mana ketiga-tiga ahli TLC memakai pijama sutera sambil menari sepanjang muzik video. Chilli tampil dalam pijama rona kelabu dan merah jambu, T-Boz dalam rona biru manakala Left Eye memilih rona merah. Kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri. Muzik video ‘Creep’ berilhamkan kemegahan kumpulan wanita dengan identiti berani mencipta sebuah konsep muzik video yang sangat ikonik. Bangun pagi di hari minggu, muzik video ini dijadikan a must play song to wake up!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JULAI 2016
BY Fatin Atiqah
Aug 15, 2016
GLAM LELAKI PROMOSI – OGOS 2016
BY Fatin Atiqah
Aug 01, 2016
Manchester United x TAG Heuer
BY aziz draim
Jul 29, 2016
Inspirasi fotografi bersama HUAWEI P9 & Raja ...
BY aziz draim
Jul 12, 2016
camel active Memperkenalkan Koleksi Denim Story
BY nur sofea
Jul 04, 2016
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JUN 2016
BY Fatin Atiqah
Jul 04, 2016
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan k...
BY aziz draim
Jul 01, 2016
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
