Home > GLAM Plus > GLAM Junior > Nora Danish & Rayqal
Jarang Menangis
Mengimbau kembali zaman Nora membesarkan Rayqal sebagai seseorang berstatus ibu tunggal, kata aktres popular ini ia tidak begitu sukar baginya kerana sedari bayi lagi dia tidak pernah menyusahkan.
Walaupun ketika menyusu, Rayqal sebagai bayi tidak menangis ketika lapar, cuma mengeluarkan sejenis bunyi perlahan sebagai isyarat yang cukup difahami Nora. Kemudian dia akan terus sambung tidur. Sesungguhnya Nora berasa amat bertuah dikurniakan bayi yang amat mudah dijaga. Kata Nora, hingga kini Rayqal tetap seorang yang mudah dijaga kerana ikut kata ibu bapa serta penjaga lain dan juga seorang yang easy-going dan tidak banyak merungut. Dia tenang dalam apa jua situasi.
Semasa menjalani proses penceraian ketika masih mengandungkan Rayqal, Nora ada berasa sedikit risau kerana bakal menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Namun melalui sistem yang dipersetujui dengan bekas suami dan mertuanya, semasa membesar Rayqal dapat menyesuaikan diri dengan format kekeluargaan yang boleh dikatakan tidak konvensional, tetapi tidak salah. Mereka sekeluarga bergilir-gilir menjaga Rayqal, iaitu seminggu di rumah Nora bersama ibunya, seminggu di rumah bekas suami dan seminggu di rumah mertuanya, yang tentunya amat sayangkan cucu mereka ini.
Nora dapat lihat yang ia sesuatu yang baik untuk Rayqal kerana dia dapat belajar berdikari. Mengikut Nora, ketika di rumah orang lain, Rayqal tidak akan mencari atau meminta ibunya jadi tidak menyusahkan orang lain. Sistem ini juga sedikit sebanyak meringankan beban Nora dan dia dapat meneruskan kariernya kerana senang hati yang Rayqal dijaga elok ketika dia sedang bekerja. Jika timbul rasa kasihan kepada diri sendiri dengan statusnya, akan Nora ketepikan kerana dia tahu dia amat bertuah sebenarnya dan ramai lagi ibu tunggal yang jauh lebih malang di luar sana.
Tidak Mahu Terlalu Tekankan Akademik
Memulakan persekolahan peringkat Darjah Satu di sebuah sekolah swasta dengan kurikulum antarabangsa pada bulan September, Nora menggambarkan Rayqal di usia lima tahun sebagai seorang kanak-kanak yang agak bijak dan cepat mempelajari sesuatu yang baru.
Namun, Nora tidak mahu memaksa Rayqal agar menumpukan perhatian kepada dunia akademik semata-mata sehingga tertekan dengan pembelajaran dan peperiksaan. Nora memilih untuk mendedahkan Rayqal kepada pelbagai bidang lain seperti bidang muzik, seni kreatif dan bidang sukan dan biarkan dia tentukan sendiri aktiviti yang digemarinya. Nora akui sendiri yang dia kagum dengan bakat Rayqal dalam bidang seni visual. “Saya melawatnya di sekolah dan melihat sendiri hasil kerja tangan Rayqal yang dipamerkan bersama kerja seni rakan-rakan sekelasnya. Saya agak terkejut dengan bakatnya, he’s very good. Saya bukan berkata begini hanya kerana saya ibunya,” kata Nora meyakinkan.
Rayqal juga sudah mula menunjukkan potensi sebagai pemain polo – tentu sekali melalui pendedahan daripada ayahnya yang gemar bermain polo, selain memerhati ayahnya di litar lumba kereta. Malah, Rayqal memiliki kuda padinya sendiri, hadiah daripada atuk dan neneknya, untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam sukan berkuda itu serta mengajarnya menjaga dan menghormati binatang peliharaan.
Selain sukan berkuda polo dan mata pelajaran seni visual, Rayqal juga gemar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sukan Tae Kwon Do dan aktiviti renang. Namun katanya dia kurang gemar kepada Matematik. Ini tidak menjadi hal kepada Nora kerana sudah melihat ramai yang berjaya dalam dunia sekarang ini walaupun tidak berpendidikan tinggi kerana cukup street-smart. Walau bagaimanapun, tentu sekali Nora mengharapkan yang terbaik buat Rayqal, cuma tidak mahu dia merasa terbeban dengan format pendidikan formal yang terlalu serius. Apa yang penting baginya, semoga Rayqal menjadi seorang anak yang soleh dan berguna kelak kepada masyarakat dan negara, dan menjadi seorang yang disayangi dan disenangi semua yang mengenalinya.
*Dipetik dari GLAM Junior Oktober 2014
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si K...
BY Farhana Fuad
Oct 27, 2025
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung...
BY Julia Azman
Sep 23, 2025
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysi...
BY Julia Azman
Sep 12, 2025
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
BY Julia Azman
Aug 30, 2025
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dal...
BY Julia Azman
Aug 27, 2025
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Pemina...
BY Farhana Fuad
Jun 13, 2025
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
BY Yusairi Fitri
Feb 21, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
