Home > GLAM Plus > GLAM Junior > “Kehidupan saya berubah selepas berkahwin, anak-anak memberikan fokus serta motivasi baru” – Naz
“Kehidupan saya berubah selepas berkahwin, anak-anak memberikan fokus serta motivasi baru” – Naz
Sesi penggambaran GLAM Junior menyatukan pelakon, pengacara dan penerbit, Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Naz bersama anak-anaknya, Zara Aaliyah dan Zakry Aiman.
Pengalaman manis bergelar bapa?
Saat pertama kali menimang kedua cahaya mata kami. Terasa diri begitu kerdil bila berdepan dengan keajaiban Allah SWT. Kesedaran, kesyukuran menghayati kelahiran anak-anak saya ibarat gambar yang tak akan lekang dari sanubari.
Perasaan kala pertama kali menyambut kelahiran?
Pada hari Zara dilahirkan, saya baru menjayakan tiga episod pertama rancangan yang bakal saya terbitkan di 8TV. Tak tidur 24 jam. Sampai sahaja di rumah, isteri saya kata it’s time dan kami terus kita ke hospital. Selepas 20 jam isteri saya bersalin anak pertama. Saat kali pertama melihat Zara dan mengazankannya buat kali pertama, keletihan bercampur gembira yang amat!
Persamaan watak si kecil dengan anda?
Aktif. Tidak perlu ke gimnasium untuk menguruskan badan. Perwatakan Zara ceria dan peramah seperti saya, Zakry pula lebih pendiam. Mereka berdua adalah gabungan saya dan isteri, Sheahnee Iman Lee.
Bila si kecil besar kelak…
…Habislah duit saya! Haha…okay seriously, bila besar kelak, saya mahu mereka lakukan apa sahaja yang terbaik dalam setiap apa yang diusahakan dan tidak sekadar setengah jalan.
Telatah si kecil yang paling menambat hati anda?
Zara dan Zakry sekarang dilanda fenomena Frozen, sampai lagu berhantu yang dinyanyikan Marsha Londoh dah jadi ikutan.Siap dengan aksi sambil menyanyi! Zakry pula baru belajar perkataan baru, Kentut! Dia akan sebut dan tergelak sendiri.
Bagaimana anda menghabiskan masa kualiti bersama si kecil?
Bila tidak sibuk bekerja, kami akan bermain finger painting, aktiviti gimnastik dan apa sahaja yang menyeronokkan.
Apabila si kecil meragam…
Pujuklah dia. Jika terlebih mengada-ngada, disiplinkanlah mereka, tapi janganlah dipukul kerana marah.
Kenangan lucu sewaktu isteri sarat hamil?
Waktu isteri saya hamil dengan Zara, dia tetap nak menemani saya ke Shout Awards. Apabila saya diumumkan menang kategori Favourite TV Host, isteri saya melompat dan terlupa dia mengandung! Malah pada masa yang sama, isteri saya disahkan mengidap H1N1, kami terus bergegas ke hospital!
Impak kehadiran orang baru dalam kehidupan anda?
untuk bekerja dengan tekun dan ikhlas. Kalau bujang dulu, kerja sampai jam tiga pagi tidak menjadi masalah tetapi kini keluarga memberi nafas dan azam baru untuk berjaya walaupun masih balik jam tiga pagi hahaha!
Penampilan bersama anak-anak?
Bab penampilan, saya serahkan kepada isteri. Zakry akan sedondon dengan saya lengkap bersama kaca mata hitam dan Zara pula persis ibunya.
Nasihat untuk anak?
When the going gets tough, the tough get going. Kehidupan memang tidak adil kerana itu mereka menjadi proaktif dan bukan reaktif apabila menempuh liku-liku hidup. Life is a choice, so choose wisely.
Teks & Penyelaras: Yusairi Fitri
Gambar: Ting Yang Shan
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Junior edisi Mei 2014
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si K...
BY Farhana Fuad
Oct 27, 2025
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung...
BY Julia Azman
Sep 23, 2025
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysi...
BY Julia Azman
Sep 12, 2025
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
BY Julia Azman
Aug 30, 2025
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dal...
BY Julia Azman
Aug 27, 2025
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Pemina...
BY Farhana Fuad
Jun 13, 2025
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
BY Yusairi Fitri
Feb 21, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
