Model of the Year pertama Vogue
Sejak ditemui sewaktu sedang menonton konsert The Cure di Toronto, dia mula aktif sehingga menghiasi muka hadapan majalah, penggambaran editorial, mengikuti pementasan pereka ternama juga pernah merakam filem dan menjadi pembantu pengacara MTV House of Style bersama supermodel Amber Valleta. 1995, dinobatkan sebagai VH1’s Model of The Year.
Kempen Ikonik
Tahun yang sama dia meraih anugerah itu, dia juga muncul dengan siri kempen terbaik bersama jenama yang berlandaskan rekaan minimalis, yakni Jil Sander. Gambar yang dirakamkan oleh Craig McDean ini hanya berbalutkan kemeja polos. Namun aksi serta siluet semulajadinya menjadikan imej itu cukup kuat.
Aksi semburan di Alexander McQueen
Satu lagi aksi Harlow adalah apabila dia disarungkan gaun tulle putih di pentas musim bunga 1999 Alexander McQueen. Sambil berdiri di atas platform berpusing, kiri dan kanannya dibina instalasi robot spraygun. Dalam keadaan berpusing itu dia disemburkan cat dalam dua warna dan menjadikan pentas itu penuh artistik.
Pentas Yohji Yamamoto
Satu lagi siri ikoniknya adalah sewaktu pementasan musim bunga 1999 Yohji Yamamoto yang bertemakan Transformative Wedding. Dia dibaluti gaun berwarna hitam yang mempunyai lima lapisan. Satu persatu dibuka helaian itu sambil memberikan ekspresi yang sungguh mengagumkan.
Darah Hippie
Dilahirkan pada 5 Disember 1973 di Oshawa, Ontario di luar kawasan Toronto. Kedua ibu bapanya mengamalkan gaya hidup hippie dan dibesarkan dalam corak kehidupan bohemian memberinya satu keunikan yang tersendiri. “Saya tidak pernah melihat atau membaca majalah fesyen. Saya membesar tanpa televisyen.”
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


