Related Stories
Oleh: Aizat Aidid
Ketika Minggu Fesyen Paris musim luruh yang lepas, Chanel mengambil inisiatif untuk menyediakan hanya satu barisan kerusi. Kata Karl Lagerfeld, semua boleh merasa untuk duduk di barisan hadapan. Tapi, itu hanya boleh berlaku jika pertunjukan fesyen diadakan di ruang yang besar serta tidak berkongsi pertunjukkan dengan jenama yang lain pada waktu yang sama. Buat jenama lain yang melakukan pertunjukkan fesyen, di arena yang lebih kecil, terpaksalah berpuas hati dengan barisan kerusi yang berbaris-baris. yang boleh memuatkan para jemputan mereka ke acara pertunjukkan fesyen. Setiap barisan kerusi akan dipenuhi penonton mengikut kepentingan kepada label fesyen.
Ketika saya menghadiri Minggu Fesyen Milan atau Paris, saya berasa sangat bersyukur kerana diundang meski tidak ditempatkan di barisan utama. Ini kerana saya tahu kuasa pembeli fesyen di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan China atau Singapura. Para editor negara lain setia di kerusi masing-masing yang sudah diaturkan tanpa banyak soal. Kerana itu saya sesak nafas melihat warga fesyen lokal yang tiada kredibiliti dalam lapangan fesyen tetapi memberontak untuk mendapatkan tempat duduk di barisan hadapan. Mereka sanggup mencuri tempat duduk editor lain atau bersempit-sempit sesama sendiri. Janji dapat duduk di barisan utama.
Anna Wintour akan ditempatkan di barisan hadapan dan berdekatan pintu keluar agar senang dia meninggalkan acara fesyen sejurus tamat
Sejujurnya, pendapat saya barisan utama patut disediakan untuk selebriti kerana mereka ini adalah medium pemasaran terbaik buat setiap label dan diikuti para editor media yang sering menyediakan platform buat jenama fesyen. Seterusnya buat para klien termasuklah fashion buyer yang menjadi pembeli terbesar kepada sesebuah jenama dan bukan kepada mereka yang tidak pernah ke butik langsung! Tidak kisahlah jika mereka berbaju label Stella McCartney atau Gucci sekalipun. Ego perlu diketepikan dalam hal sebegini, apatah lagi pertunjukkan fesyen di Kuala Lumpur masih berskala kecil. Para pereka masih berkongsi pentas yang disediakan oleh pihak penganjur. Beri mereka peluang menunjukkan bakat seni bukan memeningkan mereka untuk melayan kemaruk kamu yang mahukan spot di front row!Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


