Bra untuk Semua Acara Rekaan Victoria’s Secret
GLAM FIRST: Hermès Fall/Winter 2022 RTW
DIAL UP! Gaya Ameera Khan berkilau mewah dengan Franck Muller Round Skeleton Baguette 31
Naomi Campbell Mengenakan 3 Dress Sewaktu Perkahwinan Rakannya
Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel
Home > Fesyen > Saint Laurent Kedua di KL Kini Dibuka

Saint Laurent Kedua di KL Kini Dibuka

Saint Laurent membuka cawangan kedua* di Kuala Lumpur!   saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_03   Cawangan baru tersebut memberi aura dan atmosfera bersinonim dengan label edgy itu. Ia mencerminkan identiti tersendiri jenama tersebut di samping visi berlainan mereka.   saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_01   Lot duplex yang didatangkan dengan facade luar, menyerlahkan konsep Saint Laurent yang selaras dengan interpretasi pergerakan moden Perancis pada awal abad ke-20. Dekorasi berunsur minimal menampakkan ciri sofistikated bersama barangan ikonik Art Deco yang menyuarakan estetik jenama Perancis tersebut. Dari lantai dan dinding bersalut marmar hitam dan putih bak sutera hinggakan ke bangku diselaput kulit dan trim berlogam nikel.   saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_02 Butik ini menawarkan pilihan barangan yang luas: prêt-à-porter, aksesori, sepatu, kaca mata serta barangan kemas buat lelaki dan wanita. Ia terletak di tingkat 2 dan 3 Pavillion KL. Butik pertama Saint Laurent dibuka di Suria KLCC pada awal Oktober tahun ini.     Oleh: Aizat Azman Shah