Fendi Meraikan Logo Ikonik FF Dengan Koleksi Khas di Net-a-Porter
Kenapa Kanye West Membatalkan Yeezy Season 6 Untuk NYFW?
Elegan & Versatil, SANDRO Wujudkan Gaya Ideal Para Ibu
Kontroversi Casting Balenciaga Diketengahkan Lagi Dengan Kenyataan Terbaru
Parti Terhebat 2015
Home > Fesyen > Gaya Bridal Gigi Hadid di AMA 2016

Gaya Bridal Gigi Hadid di AMA 2016

Oleh: Aizat Azman Shah     Jika minggu lepas Bella Hadid mengumumkan pencapaian baru kariernya sebagai wajah jenama Nike, minggu ini kakaknya pula melakar sejarah: Gigi Hadid telah menjadi hos bagi acara American Music Awards pada malam Ahad lalu!  
gigiama

Sumber: Getty

  Seperti biasa, Gigi memukau semua dengan kejelitaanya sejurus tiba di karpet merah. Beliau memang tahu cara untuk mendapat perhatian lensa-lensa kamera! Gigi memilih gaun putih off-shoulder ala bridal (yang hangat dipakai oleh para pengikut trend) rekaan Roberto Cavalli. Bagi melengkapkan gaya bersahaja tersebut, Gigi memilih coker perak beserta rambut diselak rapi  ke belakang berilusi ombak halus.     Sepanjang malam semalam, beliau menukar look sebanyak 5 kali, jauh kurang dari hos tahun lepas, Jennifer Lopez (J.Lo menggayakan 15 gaya berbeza secara keseluruhannya)! Gigi bersama Jay Pharoah memang serasi ketika mengehos acara berprestij tersebut.