fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Syomirizwa Gupta Lancar Koleksi Cruise dan Raya
Pereka Fesyen John Galliano Meninggalkan Maison Margiela Selepas 10 Tahun
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya Anda?
Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Hadiah Merai Akhir Tahun, 8 Aksesori Dari Kempen GUCCI Gift 2022 Pilihan GLAM
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > NYFW > Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

Industri-industri besar mula menyuarakan pendapat mereka mengenai beberapa polisi yang sudah ataupun akan diimplementasikan oleh Trump dan barisan kabinetnya. Ini termasuklah dunia fesyen.

 

Nama-nama besar dalam industri fesyen juga mula menyuarakan pendapat mereka dari mula lagi akan tetapi suara mereka dilihat seperti tidak cukup kuat oleh khalayak umum.

 

Seakan menyahut cabaran, pereka-pereka fesyen mengambil peluang bersempena Minggu Fesyen New York untuk mempamerkan pendirian mereka terhadap pemerintahan Presiden Trump.

 

Walaupun ini bukanlah perkara luar biasa untuk pereka-pereka menggunakan pentas peragaan mereka untuk membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara (ingat kembali t-shirt “We Should All Be Feminists” Maria Chiuri).

 

Kali ini dengan kerjasama CFDA bersama pereka-pereka yang ada untuk Minggu Fesyen New York akan memberikan pin merah jambu kepada mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Planned Parenthood.

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse