Victoria’s Secret Fashion Show 2016 Semakin Hampir!
A-List Dresses Atas Karpet Merah Cannes Film Festival 2017
Lily James Cinderella Moden
Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.
Koleksi Balenciaga Fall 25 Menyingkap Sisi Estetika Fesyen Yang Berani
Home > Fesyen > Who Wore It Better: Rihanna Atau Emilia?

Who Wore It Better: Rihanna Atau Emilia?

Colour of the moment: Pink!     Jika sebelum ini GLAM musykil akan gadis fesyen mana yang lebih menawan dalam busana Alexandre Vauthier, Cara Delevigne atau Bella Hadid, kali ini kami mengetengahkan Rihanna dan Emilia Clarke pula!   Rihanna kelihatan menawan seperti biasa dalam busana rekaan Prada di tayangan perdana filem Valerian and the City of a Thousand Planets di Paris. Penyanyi Barbados itu memakai ceraian duo berona merah jambu, yakni top bra berperincian labuci serta skirt pensil bulu dwitona. Rihanna melengkapkan gaya high fashion itu bersama kilauan barangan Chopard, klac tangan metalik dan sepatu bertali.   Mungkin gadis-gadis fesyen di luar sana pernah lihat outfit ini digayakan oleh seorang lagi selebriti Hollywood? Emilia Clarke mengenakannya dalam sebuah penggambaran buat majalah Elle, isu Ogos 2017! Namun, pelakon Game of Thrones ini menggayakan busana bernadi mewah ini dengan aksesori ringkas buat interpretasi boho-chic. Emilia juga telah menggunakan gelang tangan kemasan emas serta anting-anting besar sebagai aksesori sampingan.   Jadi, apa kata anda? Glamor yang diserlah oleh Rihanna atau kemewahan tres chic oleh Emilia?