10 Gaya Karpet Merah Terbaik di Anugerah Grammys 2025
Most GLAM 2025: Azira Shafinaz & Dayang Nurfaizah
10 Gaun Yang Paling Banyak Pencarian Di Google
Pereka Mendiskriminasi Ashley Graham Kerana Badannya
Ikon Fesyen: Letizia of Spain
Home > Fesyen > Who Wore It Better: Halsey Atau Hailey?

Who Wore It Better: Halsey Atau Hailey?

  Peninggalan Aaliyah 16 tahun lalu dalam sebuah nahas kapal terbang merupakan suatu tragedi yang mengejutkan bagi kesemua peminat beliau, industri hiburan dan seantero dunia muzik. Gadis millenial terkini, Halsey dan Hailey Baldwin dilihat memberi penghormatan kepadanya baru-baru ini dengan mengenakan baju tee bermotifkan wajah penyanyi Grammy tersebut.   Hailey mengenakan baju tersebut terlebih dahulu buat outing makan tengah hari bersama teman rapatnya, Kendall Jenner di kota New York beberapa hari lalu. Hailey menggayakan baju oversized itu dengan stail klasiknya, yakni memakai helaian tersebut sebagai dress bersama stokin fishnet. Hailey melengkapkan look grungy itu bersama sepasang but kombat dan kalungan di leher. Pelakon filem Ocean’s Eight itu mendandankan rambut updo serta mekap smokey dan bibir digilap gincu nude.   Halsey pula dilihat memakai baju yang sama kelmarin ketika bersiaran di Hollywood. Penyanyi berusia 22 tahun itu memilih seluar sans bersama but berkilat paras lutut. Penyanyi Strange Lover itu menggayakan stail ringkas itu bersama anting-anting gelung.   Siapa gayakan look kasual ini lebih baik, Hailey atau Halsey?