Imbas Kembali: Minggu Adibusana SS25 Oleh Deretan Rumah Fesyen Terkemuka
CFDA Fashion Awards 2015
Koleksi Couture Giambattista Valli Musim Luruh 2015
Rencana GLAM: Fashion Upstarts!
Laporan GLAM: Fresh Takes Pra-Musim Luruh 2018
Home > Fesyen > Minggu Fesyen > PFW > Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!

Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!

Jika topik gaya gadis Perancis yang moden dan chic dibincangkan, Isabel Marant pasti menjadi salah satu nama yang dipetik sehinggakan golongan lelaki juga tercetus minat untuk memakai rekaannya.

 

Selepas bertahun menerima permintaan daripada peminat-peminat fesyen lelaki, Isabel Marant menunaikan permintaan ramai itu melalui koleksi S/S 2018 di Paris Fashion Week semalam.

 

Foto IMAXtree

“Ia sudah menjadi satu trend di mana golongan wanita meminjam pakaian teman lelaki mereka, dan sebenarnya suami saya juga meminjam baju saya. Jadi saya hanya mahu memberikan sudut pandangan yang baru: mengatakan golongan lelaki juga boleh meminjam pakaian wanita,” terang pereka itu tatkala dia sibuk dengan persiapan perutunjukannya.

 

Topik fesyen uniseks sudah lama menjadi sebahagian daripada dunia fesyen dan fenomena ini semakin jelas kelihatan pada era ini di mana individu-individu, golongan millenial terutamanya, ingin menghapuskan sekatan jantina dalam pemilihan pakaian mereka. Taktik Marant untuk menghasilkan pakaian yang tidak menunjukkan jantina pakaian itu adalah dengan menggunakan fabrik yang sama untuk pakaian perempuan dan lelaki hanya dengan potongan yang sedikit berbeza untuk disesuaikan dengan rupa fizikal si pemakai.

 

“Ada masa anda mempunyai baju panas di mana bahagian neckline baju itu tidak sesuai untuk fizikal lelaki itu,” terang Marant.

 

“Saya juga mempunyai ramai pekerja lelaki yang membeli ceraian daripada koleksi wanita kami hanya dalam saiz yang lebih besar namun kadangkala mereka terpaksa berhadapan dengan situasi di mana lengan baju mereka terlalu pendek atau seluar mereka terlalu singkat. Itu membuatkan saya berfikir betapa ruginya untuk tidak memenuhi permintaan mereka kerana ia bukanlah perkara yang sukar buat saya.

 

Marant juga menerangkan bahawa langkahnya ini bukan permulaan bagi Isabel Marant untuk menghasilkan satu koleksi penuh untuk lelaki buat Minggu Fesyen Menswear. “Matlamat saya bukanlah untuk menghasilkan koleksi menswear terus. Saya tidak mahu menghasilkan pertunjukan fesyen pakaian lelaki hanya saya ingin menerapkan ceraian lelaki dalam koleksi yang boleh dinterpretasikan apa yang saya rasakan sesuai dengan golongan lelaki daripada koleksi wanita saya.”