fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Swarovski Valentine’s Day 2021, Perhiasan Buat Yang Terkasih
Ilham Kod Gaya Konsert Siti Nurhaliza Terus From Runway
10 Skarf Tercantik, Memberi Sensasi Gaya Lockdown!
Nafas Riviera Mediterranean di CHANEL Cruise 2024/25
Kempen Terbaru Gucci Bersama Kucing Besar Di Rome
Home > Fesyen > Di Sebalik Tabir Gaun Perkahwinan Aktres Korea Selatan Song Hye-Kyo

Di Sebalik Tabir Gaun Perkahwinan Aktres Korea Selatan Song Hye-Kyo

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanggal 31 Oktober yang lalu, pasangan hangat Korea Selatan Song Hye-Kyo dan Song Joong-Ki telah mengikat janji seumur hidup sebagai suami dan isteri yang sah. Upacara perkahwinan mewah yang diadakan di Hotel Shilla, Seoul, telah dihadiri oleh beberapa teman rapat mereka seperti Lee Kwang-Soo, Yoo Ah-In, Yoo Jae-Suk, Park Bo-Young, Yoo Yeon-Seok, Zhang Ziyi, dan ramai lagi.

 

Selain lokasi yang indah dan Joong-Ki yang kelihatan segak dalam sut persalinan Dior Homme, adalah gaun perkahwinan elegan oleh Dior yang dikenakan Hye-Kyo pada hari itu.

 

Hye-Kyo telah menyeru khidmat Dior bagi menghasilkan gaun buat hari istimewanya itu. Dengan citarasa dan personaliti Hye-Kyo di dalam fikiran mereka, Dior telah menzahirkan persalinan gaun perkahwinan yang savoir-faire yang turut menjadi signatur kepada rumah fesyen terkenal.

 

Atelier Flou yang merupakan pakar dalam pembuatan soft dressmaking telah mengumpulkan sekumpulan individu berbakat untuk meminjamkan bakat mereka untuk mereka gaun istimewa buat Hye-Kyo. Hye-Kyo turut menyatakan visinya buat gaun tersebut yang diinspirasikan oleh koleksi adi busana F/W 17 rekaan Maria Grazia Chiuri. Dress serba putih itu disulam daripada benang-benang halus yang kemudiannya digabungkan dengan sutera mikado dan sulaman les.

 

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse