Dior Melangkaui Batasan Feminin Dengan Interpretasi Baru
Setiap kali pengarah artistik wanita Dior Maria Grazia Chiuri mengeluarkan koleksi baru, industri fesyen tidak akan terlepas peluang untuk melihat koleksi yang dihasilkan wanita berbakat ini dengan sangat terperinci. Bagi koleksi Cruise ’18 ini, Maria sekali lagi memegun penggemar fesyen dengan sentuhan kreatifnya yang penuh keanggunan dan sofistikasi.

Foto Cass Bird
Berdasarkan lukisan-lukisan pada batu yang dilukis manusia purba kala, Christian Dior pernah menghasilkan garisan Ovale, satu bentuk yang menyentuh gambaran wanita primitif. Berbekalkan inspirasi feminin liar dan kuno inilah yang telah membimbing Maria untuk menghasilkan koleksi Cruise pertamanya untuk Dior.
Memberikan nafas liar dan semangat buas menggambarkan kuasa wanita seperti yang diterangkan oleh Clarissa Pinkola Estés di dalam buku kegemaran pereka ini: Women Who Run with the Wolves.
[envira-gallery id=”74896″]
Daripada buku itu juga Maria telah menerapkan motif-motif serigala ke atas sutera jacquard berona keemasan bercanggah dengan penuh harmoni bersama rona-rona hitam. Sulaman manik sebagai perincian memberikan interpretasi asli Maria sendiri.

Foto Cass Bird
Gabungan elemen sports dan adi busana menghasilkan kisah yang penuh abstrak. Tidak lupa juga penggunaan elemen taro dan agenda feminis yang dekat pada jiwa Maria.
Dior juga telah meminjam bakat dan visi Cass Bird untuk mengendalikan kempen buat koleksi ini dengan penampilan model Ruth Bell dan Grace Hartzel.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
