Related Stories
Kerana Komen Berbaur Rasis, Bella Hadid Dikecam dan Akhirnya Bella….
Supermodel popular berketurunan campuran Palestin-Amerika, Bella Hadid yang juga adik kepada Gigi Hadid baru-baru ini telah membuat permohonan maaf berkaitan dengan aksinya memuatnaik ke Instastory miliknya imej kasut tumit tinggi di cermin tingkap lapangan terbang yang kelihatan seperti ‘menendang’ pesawat yang mempunyai bendera Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Tindakannya itu ternyata mencetuskan kemarahan terutama sekali rakyat Arab Saudi apatah lagi Gigi sendiri berdarah campuran Palestin.

Selepas beberapa hari tular tindakannya itu, Bella membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Twitter selepas mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminatnya di Timur Tengah.

Paparan dalam IG Stories @bellahadid
Dipetik dari Daily, “Saya tidak perasan pesawat di latar belakang dan ia adalah benar. Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati syarikat penerbangan itu, apalagi negara luar biasa ini. Tambah Bella, dia tidak mahu kerjaya dan platform media sosialnya digunakan untuk membenci sesiapa terutama warisan saya. Ulas Bella lagi, “Bukan sahaja mempunyai penghormatan yang sangat besar dari hati saya, malah saya berusaha untuk menegakkan apa yang saya rasa betul, terutamanya mengenai negara Timur Tengah yang hebat. Saya tidak akan pernah bercakap dan menjatuhkan negara-negara ini. Saya hanya mahu menyebarkan cinta dan keindahan sebenar mereka seperti mana yang dididik oleh ayah saya. Saya berharap anda dapat memahami salah faham itu,” ujarnya.

Permohonan maaf dari Bella Hadid menerusi IG Stories dan Twitternya.
Netizen yang berang mua membuat hashtag #BellaHadidIsRacist malah ada yang meminta Bella untuk digam dari menyertai mana-mana persembahan fesyen. There you go. Hopefully you can be more carefull next time Bella!
Artikel Berkaitan
G-Dragon & Jacob & Co. Hidupkan Fenomena B...
Mia Goth Bangkitkan Semula Fesyen Gothic Melalui 5...
Jacob Elordi Curi Tumpuan Dunia Dalam Kempen Carti...
Pereka Fesyen Giorgio Armani Meninggal Dunia, Ting...
Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025
Trend Musim Luruh/Sejuk 2024 Yang Anda Perlu Tahu
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjuka...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
