Beberapa tahun kebelakangan ini, nama Vivy Yusof melonjak naik dan popularitinya mengalahkan selebriti. Dengan sejuta lebih pengikut setia di Instagram, digital entrepreneur ini menjadi simbol inspirasi kepada generasi muda masa kini. Melakar kejayaan demi kejayaan menerusi laman webnya FashionValet, Vivy adalah aspirasi yang memiliki segala yang generasi hari ini mahukan. Jelitawan kecil molek ini membuktikan yang tiada apa yang mustahil malah hijrahnya membuka seribu satu pintu rezeki.
Teks SUZIE ADNAN Penyelaras & Penata Gaya YANA BAHARUDIN Penata Hijab MAHIRAH NADZLIM Pengarah Seni ZULKIFLI SULAIMAN dibantu oleh MAHIRAH NADZLIM Gambar ERIC CHOW BLINK STUDIO Pembantu Penyelaras YUSAIRI FITRI, SYAZWANI BUSTAMAM & AZZA FARHANA Solekan SHENG SAW Aksesori SWAROVSKIKagum sungguh saya melihat keletah Vivy Yusof. Dia menayang prototaip Duck Luxe Basics di Studio. Mulutnya tidak berhenti menjual kain tudung terbarunya. Walau sedang sarat berbadan dua (pada ketika itu), semangatnya memang hebat. Dengan kesibukannya menghadiri rangkaian pertunjukkan fesyen mempromosikan koleksi Raya di FashionValet, Vivy juga masih punya masa untuk menyandang jawatan baru yakni Penagarang Jemputan. Ya, siapa lagi yang lebih layak untuk edit isu sulung GLAM Hijab selain Vivy Yusof? Dia bergaya dan bijak, moden dan progresif. She is the epitome of the ultimate GLAM Hijab woman.
“Rasa seperti baru lagi set up pejabat pertama dengan perabot Ikea bersama Fadza (suami) dan seorang lagi teman. Hari pertama beroperasi, saya menangis sambil mencetak resit pelanggan kerana terlalu banyak. Macam mimpi mengenangkan FashionValet sudah mencecah usia lapan tahun. Dan sekarang sudah ada Duckscarf dan Duck Cosmetics. Tapi saya tidak akan berhenti di sini. Banyak lagi yang saya rancang dan ingin kecapi,” beritahu Vivy memulakan bicara.
Dalam lapan tahun ini, Vivy Yusof sudah banyak melakar pencapaian luar biasa. Dia juga menerima banyak penghargaan serta pengiktirafan, contohnya apabila namanya disenaraikan dalam Forbes untuk 30 Under 30 malah kisahnya disiarkan di laman-laman web antarabangsa seperti CNN hingga ke Business of Fashion. Ini membuktikan pengaruh Vivy bukan sahaja terhad di dalam negara tetapi dia juga mencipta impak di luar negara. “Yes, it’s nice to be appreciated and be in the list but my main focus is still the business. It really doesn’t mean anything if it doesn’t get your revenues up. Saya gembira menerima penghargaan but I will never let it go to my head.”
Era digital ini memang banyak kejutan. Trend dan permintaan bertukar ganti dengan cepat hingga sukar untuk membuat ramalan. “So what’s next? Nobody really knows. Kalau ada yang kata dia tahu, orang itu tipu. It’s so unpredictable. And in the end of the day, you just have to follow your guts.” Vivy berkata dia selalu membuat keputusan ikut gerak hati dan suaminya, Fadza akan merancang strategi perniagaan. “Seperti yang saya sebutkan tadi, trend dan teknologi digital berubah setiap masa. Jadi kami tidak boleh berkeras hati untuk terus stick to the plan and miss out on the world. Sebagai entrepreneur, kita perlu bijak mengadaptasi dengan suasana pasaran dan permintaan.”
Komen Vivy mengenai lambakan peniaga online, dia menyatakan kita sudah ada bubble yang cuma menunggu masa untuk meledak. “Now everyone is doing e-commerce. Sesiapa pun sudah boleh lancar laman web, pergi China dan buat baju sendiri. Tapi tiada apa yang boleh menggantikan pengalaman membeli-belah di physical store. Saya dapati orang Malaysia masih gemar ke butik dan mencuba baju sebelum membeli. Sebab itu saya memberi cadangan untuk membuka butik. Pada awalnya ramai yang skeptikal tetapi telahan saya betul apabila butik-butik FashionValet dan Duckscarf terus mendapat sambutan.”
Hari ini Vivy sudah boleh berbangga dengan pembukaan butiknya yang ketujuh baru-baru ini. Namun baginya, penerimaan pusat membeli-belah seperti Pavilion dan KLCC yang meletakkan lokasi butik Duckscarf di celah-celah jenama high end antarabangsa, adalah suatu pencapaian yang hebat buat jenama tempatan sepertinya. Vivy juga amat berbesar hati mengumumkan Duck Cosmetics yang kini sudah boleh dibeli di Sephora. “Pada suatu acara kebetulan saya bertemu dengan bos Sephora lalu saya menebalkan muka menanyakannya jikalau ada peluang untuk Duck Cosmetics dijual di dalam Sephora. Ia bukan dalam rancangan, saya cuma ikut gerak hati. Dia hanya membalas soalan saya dengan senyuman. Ingatkan dia tidak berminat tetapi beberapa lama kemudian saya menerima panggilan dari Sephora untuk peluang berkolaborasi. Bayangkan jikalau saya simpan saja hasrat dan langsung tidak bertanya?” Nasihat Vivy, orang muda perlu berani untuk bertanya. “The worst feedback you can get is a no or a silence. But my point is that you’ll never know!”
Vivy Yusof memberitahu yang asas kejayaannya datang daripada sokongan padu suami, keluarga dan sebilangan teman rapat. “Saya bukan jenis orang yang self pity. Kalau ada masalah, saya akan solat selain luahkannya dengan insan-insan tersayang.” Vivy dan Fadza memang melengkapi sesama sendiri. Chemistry itu membawa ke tempat kerja walau pun ada masanya mereka berbeza pendapat. “Kami memang clingy. Tapi sejak semakin sibuk, kami tidak lagi kerap bertemu ketika kerja kerana masing-masing ada peranan berbeza dalam syarikat. Namun setiap pagi saya dan suami akan pastikan kami sendiri menghantar anak-anak ke sekolah, kemudian kami akan bersarapan bersama.” Tip rumahtangga bahagia Vivy Yusof? “Never go to sleep angry. Kalau ada masalah dengan suami, kami akan selesaikannya there and then. Hidup ini singkat jadi apa pun boleh berlaku. Jangan tunggu.”
Dalam media sosial, Vivy tampak sepertikan dia cukup bahagia memiliki segala-galanya. Ada perniagaan yang maju, suami penyayang, sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel dan kini Vivy juga sedang sarat berbadan dua, hanya menunggu masa untuk melahirkan. “I’m really, really happy and at the moment I am at my happiest. Saya amat-amat bersyukur. Saya bertuah kerana ada support system yang kukuh.” Tambah Vivy, dia tidak pernah takut pada kegagalan. “Yes, I’m not scared of failure. Kerana setiap masalah ada solusinya. Pernah juga orang tanya kenapa saya tidak risau, panik atau sedih. Because if something is meant for you, then it’s yours. If not, that means God has better plans for you. Have faith.”

Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Hijab Ikon: Perjalanan Sharifah Rose Menjadi Wanit...
BY Maya Kusuma
Feb 25, 2026
GLAM Hijab: 5 Jenama Telekung Mewah Untuk Ibu ...
BY Maya Kusuma
Feb 11, 2026
Hijab Ikon: Mira Filzah Inspirasi Gaya Wanita Musl...
BY Maya Kusuma
Jan 21, 2026
Hijab Ikon: Anzalna Nasir Miliki Daya Tarikan Semu...
BY Maya Kusuma
Dec 19, 2025
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam ...
BY Maya Kusuma
Nov 21, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026