Obsesi Seni Loewe, Jonathan Anderson Martabatkan Karya Ken Price Untuk Holiday Collection
Jonathan Anderson sangatlah mencintai dunia seni. Dedikasi himpunan musim holiday 2020, Jonathan Anderson (Pengarah Kreatif Loewe) mengundang seni-seni Ken Price sebagai motif atau corak terpenting, membentuk rangkaian baru Loewe.
Ken Price merupakan pengarca yang terkenal dengan karya-karya seni geluh abstrak. Bakat seninya tiada tandingan, maka itulah Jonathan Anderson mengagumi karya-karya Ken Price.
Anderson memilih empat hasil kesenian utama Price, sepetti La Palme, Easter Island, LA Series dan Happy’s Curious- lalu dijadikan motif utama pada rekaan-rekaan dalam himpunan Loewe musim percutian.
Warna-warni terang yang akrab dengan karya Price dikutip oleh Anderson sebagai motif cetak pada rangkaian kemeja sutera, baju panas, kemeja T dan semestinya aksesori penting kala bercuti, seperti topi bucket, beg silang, beg jinjing dan sebagainya.
Motif yang sama itu juga diolah pada konsep kempen fesyen, namun ada biasan panorama Los Angeles yang mengkhayalkan kita pada mood bercuti. Gaya persembahan karya seni Price tentunya membuahkan ilham yang pelbagai buat si pemakai terutamanya sewaktu pergi bercuti. Tambahan lagi, helaian-helaian yang terkandung menampilkan potongan longgar, selesa dan relaks. Perihal aksesori pula, terdapat lambakan beg beragam yang mencadangkan pelbagai idea gaya bercuti. Di samping itu, ada topi bucket yang menzahirkan corak seni Ken Price.
Loewe bekerjasama dengan jurugambar profesional, Craig McDean untuk menghasilkan kempen fesyen tersebut.



Artikel berkaitan: Trend Beg Utiliti
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
