NYFW: Oscar de la Renta Spring 2016
Terapan Elemen Minimal Dan Kebebasan Melalui Koleksi Musim Bunga/Panas ’18 Emporio Armani
Taylor Swift Akhirnya ‘Berdamai’ Dengan Katy Perry Dalam Video Muzik ‘You Need To Calm Down’
Kempen Fesyen FENDI S/S 2021
Stail Peribadi Permaisuri Jordan
Home > Fesyen > Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis

Allergic Rescuers KL Berbakti Dengan Tujuh Gadis

Tujuh gadis dijemput oleh Kate Spade New York untuk membintangi kempen buat Allergic Rescuers KL. Usaha akhir tahun ini diideakan terus daripada koleksi akhir tahun Kate Spade New York yang indah dengan cetakan motif bintik kucing. Misi yang cuba disampaikan pada masyarakat adalah untuk tidak membeli binatang peliharaan dan cuba untuk adopt dari organisasi bukan badan kerajaan. Tujuh mereka ini adalah Rosy Kim penaung buat Allergic Rescuers KL, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Kittie Yiyi dan Ally Mukhriz. Melengkapkan tujuh dewi ini adalah pemilik jenama Kulet, yakni Julie Ann Kang dan Aina Syahirah.

https://www.instagram.com/p/CINtSbTJ4o4/?utm_source=ig_web_copy_link

Mengenali badan ini telah menyelamatkan lebih daripada 400 ekor kucing terbiar. Serta telah berjaya menempatkan kucing pada rumah-rumah sebagai binatang peliharaan. Mereka percaya dengan misi Adoption saves lives. Fostering saves lives! Dengan serendah donasi sebanyak RM150 anda boleh mengambil anak kucing sebagai binatang peliharaan. Bayaran itu adalah untuk perkhidmatan yang mereka laksanakan pada anak kucing termasuklah ubat nyah-kuman, nyah-cacing, vaksin serta kertas kerja untuk proses pengambilan sebagai haiwan peliharaan.

EH! : Kerlipan Kate Spade Menguntum Gaya Disko

Allergic Rescuers KL
Rosy Kim bergambar bersama Scoots. Dress Rose Garden di Kate Spade New York
Allergic Rescuers KL
Daiyan Trisha berama Jazzy. Blaude Cat Dot, Skirt Sparkle dan beg Casey Spade Flower Kate Spade New York
Ameera Khan bergambar dengan Rhu. Dress baldu juga beg Everything Puffy Cat Kate Spada New York