Doraemon Membintangi Koleksi Lunar Gucci
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioMasih saya ingat betapa obsesnya saya pada kartun Doraemon. Setiap 7.30 petang saya sudah siap sedia dihadapan televisyen untuk menontotn siri kartun Jepun ini. Tidak terhenti di TV, saya juga kumpul komik yang dialih bahasa Melayu. Nah, kini memori ketika masih kecil menjelma semula. Thanks to Gucci dan Alessandro Michele. Kartun robot kucing dari masa hadapan ini muncul sebagai bintang utama bagi koleksi Lunar Gucci. Kucing robit asal abad XXII ini mendapat amanah untuk menjadi teman setia Nobita. Tapi, kini dia boleh dijadikan peneman setiap kita semua melalui koleksi Doraemon x Gucci. Bersempena dengan koleksi ini juga manga popular ini meraikan ulang tahun ke-50 mereka dalam dunia manga.

Buat koleksi Doraemin x Gucci ini memperlihatkan gabungan kartun Doraemon bersama motif GG. Koleksi ini lengkap daripada ceraian baju hingga ke aksesori kulit serta kasut buat wanita dan lelaki. Kucing robot berona biru ini nyata hidup apabila digandingkan bersama motif ikonik Gucci. Lebih menarik ia juga membintangi kempen ini yang dirakam oleh Angelo Pennetta. Bintang utama ini dirakam sedang bergembira bersama sahabat manusianya dalam pelbagai situasi.

Bagi meraikan lagi koleksi ikonik ini, Gucci turut bakal melancarkan Gucci Pin di beberapa kota global. Serta ada juga street installation yang diserikan oleh Doraemon di butik-butik Gucci seperti di Australia, Japan, India dan Malaysia. Hong Kong dan Shanghai pula dipilih sebagai lokasi untuk Gucci Artwalls. Himpunan ini sudah mula terjual sejak 12 Januari 2021.
Pautan Berkenaan: Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.










