fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Barisan Bintang Bersinar Di Pertunjukan Adibusana Schiaparelli AW25
Shweta Sekhon Sarung Busana Kuih Muih Wakili Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2019
Minggu Fesyen Milan: Bersama Berdiri Menjulang Wanita Perkasa
Online Store H&M Kini Berada Di Malaysia
Seni Budaya, Tod’s Hadirkan Koleksi Lunar 2022 Edisi Terhad
Home > Fesyen > Cetakan Tuscan Wildflowers, Sentuhan Seni Salvatore Ferragamo

Cetakan Tuscan Wildflowers, Sentuhan Seni Salvatore Ferragamo

Salvatore Ferragamo sentiasa mengagungkan kerja-kerja seni. Bertahun-tahun dalam lapangan fesyen, Ferragamo tidak pernah jemu untuk menghadirkan rekaan yang mengangkat nilai artistik melalui koleksinya. Yang terbaharu, Salvatore Ferragamo mengundang enam artis seni untuk merayakan kempen digital untuk koleksi Tuscan Wildflowers, dedikasi pra musim luruh 2021. 

Antara artis seni yang terlibat ialah Lucas Beaufort (Perancis),  Diego Cabezas (Sepanyol), Marina Papi (Brazil), dan Boree Hur.

Motif Tuscan Wildflowers memunculkan idea yang bernada romantik, lantas memberi idea untuk kita meneruskan fantasi fesyen. Tiap rekaan yang terkandung cukup memesonakan dengan memberi gambaran gaya feminin wanita Itali. Sorokan warna dan jalinan motif floral yang semarak, memberikan rasa segar buat penggemar jenama ini. 

Tuscan Wildflowers membentuk manifesto visual yang menggabungkan perspektif yang berlainan menerusi satu lokasi, memberi perspektif budaya dan latar belakang yang beragam. Memberi satu koleksi ibarat penceritaan dari catatan diari kembara yang mengimbau kita pada keluarbiasaan dan keindahan dunia. Menyuntik kepositifan dan rasa optimis, lebih-lebih lagi dalam saat yang diperlukan sekarang.

Kemewahan perincian jahitan dan rupa bentuk turut diolah sepenuhnya pada tas tangan, clutch, sepatu, aksesori kepala dan keseluruhan koleksi ini sebagai lambang agung kehalusan seni Ferragamo. Tuscan Wildflowers, motif floral membaluti setiap ceraian dan aksesori, dengan hasil tenunan untuk mencipta bunga-bunga indah seperti bunga matahari, daisy dan poppies pada koleksi musim ini. 

Bunga-bungaan yang dijalinkan pada permukaan atas aksesori, mendetikan pemandangan indah dan memori manis di kawasan luar bandar di Florence, sekaligus menceritakan lokasi kelahiran jenama Ferragamo. 

Aksesori utama, tas tangan the Ferragamo Studio hadir dengan motif Tuscan Wildflowers, mencemerlangkan kesan artistik, lalu diangkat sebagai beg pilihan untuk musim ini. 

Artikel berkaitan: Magnifica Collection Berekaan Kompleks, Berbatu Indah