fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kendall Jenner Akui Perjalanan Kerjayanya Sukar Disebabkan KUWTK
Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach
Keluarga Paling Stylish Di Karpet Merah? Rihanna Jawab Ya!
TIME Iktiraf Desaru Coast Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021
Patung Lilin Putera William & Kate Middleton Mengundang Kritikan Hebat
Home > Fesyen > Gaun Ikonik Marilyn Monroe Mengalami Kerosakan Selepas Disarung Kim Kardashian

Gaun Ikonik Marilyn Monroe Mengalami Kerosakan Selepas Disarung Kim Kardashian

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kim Kardashian mencipta momen tersendiri di Met Gala 2022 apabila mengenakan gaun ikonik Marilyn Monroe bernilai RM18.2 juta.

Sama seperti Blake Lively yang mencuri perhatian dengan menyarung gaun dramatik sempena memberi penghormatan kepada Patung Liberty, Kim turut menjadi perbualan malam itu namun atas sebab yang salah.

Segelintir pencinta fesyen menyukai pilihannya, namun peminat Marilyn menganggap ia satu penghinaan kepada legasi juga pemuliharaan fesyen kerana tindakan itu meletakkan risiko pada fabrik yang telah pun berusia 60 tahun.

Walaupun Kim menegaskan menyarung pakaian Marilyn adalah pilihan tepat dan menjustifikasikannya dengan penurunan berat badan, malangnya gaun itu tidak dipulangkan dalam keadaan asal.

Foto: Yahoo! Entertainment

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse