Essential Wardrobe Idea Bernas 2021
Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini
Calvin Klein Menyambut NewJeans Dalam Kempen Musim Luruh 2024
#CiaoKim : Dolce & Gabbana X Kim Kardashian Di Milan Fashion Week
5 Jenama Streetwear Lokal
Home > Fesyen > #GLAMReveals : Ini Kata Selebriti Tentang Koleksi Rizman Ruzaini di #KLFW

#GLAMReveals : Ini Kata Selebriti Tentang Koleksi Rizman Ruzaini di #KLFW

Untuk ruangan #GLAMReveals bulan ini, kami bertanyakan selebriti tentang koleksi yang dipersembahkan Rizman Ruzaini di minggu KLFW yang lalu!  GLAM berpeluang menghadiri pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung cukup meriah baru-baru ini sempena KLFW. Majlis penuh meriah dihadiri ramai selebriti seperti Izara Aishah, Uqasha Senrose, Marion Caunter serta ramai lagi. Mempersembahkan koleksi Rizman Ruzaini Cruise 23/24, Rizman Ruzaini Red Cruise 23/24 juga RR by Rizman Ruzaini Cruise 23/24. Rata-rata ramai memberikan komen positif terhadap setiap helaian yang ditunjukkan.   https://www.instagram.com/reel/CwU2uS_PYN9/ Lebih istimewa, koleksi RR by Rizman Ruzaini Cruise 23/24 ini adalah koleksi debut daripada Pengarah Kreatif segmen perniagaan RR, Yana Baharudin. Memperlihatkan sejumlah 72 helaian pada malam KLFW penuh meriah itu, ayuh dengari apa kata selebriti yang hadir pada malam itu. Bukan itu sahaja, sebuah lagi berita gembira yang turut disampaikan jenama ini pada malam tersebut apabila mereka ini bakal mementaskan koleksi mereka di Dubai Fashion Week sebagai pertunjukan penutup pada Oktober ini. Sama-sama kita nantikan!