Chaumet Rai Koleksi Ikonik di Butik Pop-Up Eksklusif ION Orchard, Singapura
GLAM berpeluang terbang ke Singapura untuk merai pelancaran butik pop-up eksklusif Chaumet di ION Orchard bersama selebriti Korea, Song Hye Kyo dan Cha Eun Woo.
Minggu yang lalu, kami dijemput oleh jenama barang kemas mewah, Chaumet, ke Singapura selama dua hari satu malam untuk meraikan pembukaan eksklusif butik pop-up mereka di ION Orchard, Singapura. Kunjungan menjadi lebih bermakna apabila dua selebriti terkemuka korea, Song Hye Kyo juga Cha Eun Woo, turut diterbangkan khas bagi sama-sama meraikan pembukaan pop-up ini.
Pertama kali menjejakkan kaki ke butik pop-up ini, diri terus terasa teruja. Chaumet ini adalah merupakan sebuah jenama barang kemas terkemuka dari Perancis yang sudahpun beroperasi hampir dua setengah abad lamanya. Ditubuhkan pada tahun 1780 oleh Marie-Étienne Nitot, Chaumet ini memiliki kisah yang sangat menarik untuk anda dekati. Sewaktu di pop-up ini, kami diberitahu bahawa jenama ini amat sinonim dengan pembuatan tiara atau juga dikenali sebagai mahkota. Ini kerana jenama Chaumet sendiri amat berkait rapat dengan sejarah Perancis. Rumah fesyen ini pernah menjadi penjual barang kemas rasmi kepada Istana DiRaja dan barang kemas peribadi buat Maharani Josephine.
Setelah itu, namanya diangkat menjadi antara jenama mewah yang menghasilkan tiara, barang kemas dan jam tangan bermutu tinggi dengan suntikan gaya Paris sehingga ke hari ini. Begitu juga dapat dilihat pada butik pop-up ini, apabila setibanya kami di sana, dapat kami saksikan rupa bentuk butik ini direka dalam bentuk tiara, laluan pintu gerbangnya menuju rotunda yang tampil megah dalam rona biru Chaumet yang cukup ikonik. Saat masuk, ruang pertama yang kami terokai adalah ruangan persembahan tiga koleksi cukup sempurna Chaumet iaitu koleksi Liens, Joséphine juga Bee My Love.
Selain daripada itu, selepas anda melewati ruang pameran barang kemas ini, ada terdapat sebuah ruang di mana anda sendiri boleh mendekati prototaip model tiara nikel perak Chaumet yang cukup eksklusif diterbangkan khas daripada arkib jenama ini. Di sini anda boleh menerokai dengan lebih terperinci sejarah pembuatan tiara melalui setiap tiara yang digantung indah di dinding Maillechort Photobooth di ruang pop-up ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendekati tiara kontemporari, Firmament de Minuit Tiara yang diinspirasikan daripada tiara abad ke-19, dengan simbol samawi yang diperhias indah barisan berlian sepenuhnya memberi gambaran seperti bintang-bintang yang terapung di atas kepala.
Setelah selesai mengelilingi butik pop-up, jangan lupa singgah di rotunda kedua yang menempatkan kafe selesa buat anda yang mahukan pengalaman beli-belah yang lebih selesa. Di sini anda boleh menikmati minuman serta pastri Perancis yang diinspirasikan daripada kota Paris sambil membaca buku-buku yang disediakan daripada kafe berkonsep perpustakaan Chaumet ini. Namun, untuk menikmati ruangan kafe ini, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu di sini.
Apa tunggu lagi, berkunjunglah ke butik pop-up Chaumet di ION Orchard Singapura bermula 4 sehingga 17 September dan dibuka daripada 10 pagi hingga 10 malam.

Kenali Tiga Koleksi Barang Kemas Ikonik Yang Ada di Butik Pop-Up Chaumet Ini…
1) Koleksi Liens – koleksi yang meraikan ikatan antara dua jiwa melalui tafsiran semula kontemporari yang dimiliki barang kemas sentimental. Koleksi ini diilhamkan oleh motif pautan, sangat simbolik – menandakan cinta dan hubungan antara dua individu. 2) Koleksi Joséphine – Koleksi Joséphine mengambil inspirasi daripada ‘Muse of the Maison’ Maharani Joséphine ini, ia mengilhamkan ciptaan keanggunan yang telah terserlah selama lebih daripada dua abad. Membuat kemunculan pertama kali di pop-up Singapura ini adalah sebahagian daripada koleksi Joséphine, barang kemas Aigrette yang amat berharga dan ianya terdapat di dalam rose gold, serta tampil dengan potongan berlian yang cukup hebat. 3) Koleksi Bee My Love – mencerminkan tema alam semula jadi yang cukup dekat kepada Chaumet, dan memilih lebah yang juga menjadi lambang empayar Napoléon. Pada tahun ini juga jenama ini telah melancarkan set permata sepadan, iaitu di dalam rona rose gold bersama suntikan berlian kecil bergemerlapan yang bersambung antara satu sama lain. Koleksi ini juga tampil di Singapura buat kali pertama eksklusif hanya di pop-up ini.Yang Menarik di Butik Pop-Up Chaumet Mesti Anda Kunjungi
Selain daripada itu, selepas anda melewati ruang pameran barang kemas ini, ada terdapat sebuah ruang di mana anda sendiri boleh mendekati prototaip model tiara nikel perak Chaumet yang cukup eksklusif diterbangkan khas daripada arkib jenama ini. Di sini anda boleh menerokai dengan lebih terperinci sejarah pembuatan tiara melalui setiap tiara yang digantung indah di dinding Maillechort Photobooth di ruang pop-up ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendekati tiara kontemporari, Firmament de Minuit Tiara yang diinspirasikan daripada tiara abad ke-19, dengan simbol samawi yang diperhias indah barisan berlian sepenuhnya memberi gambaran seperti bintang-bintang yang terapung di atas kepala.
Setelah selesai mengelilingi butik pop-up, jangan lupa singgah di rotunda kedua yang menempatkan kafe selesa buat anda yang mahukan pengalaman beli-belah yang lebih selesa. Di sini anda boleh menikmati minuman serta pastri Perancis yang diinspirasikan daripada kota Paris sambil membaca buku-buku yang disediakan daripada kafe berkonsep perpustakaan Chaumet ini. Namun, untuk menikmati ruangan kafe ini, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu di sini.
Apa tunggu lagi, berkunjunglah ke butik pop-up Chaumet di ION Orchard Singapura bermula 4 sehingga 17 September dan dibuka daripada 10 pagi hingga 10 malam.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026