Ini Gaya Fesyen Musim Panas Untuk Anda Bulan Ini
Masih tercari-cari gaya fesyen musim panas yang segar untuk anda cuba bulan ini? Apa kata cedok trend pilihan GLAM untuk anda praktikkan sepanjang musim panas ini!
Memandangkan cuaca cukup panas dan hujan pula muncul tidak menentu membuatkan diri kadang-kadang hanya ingin menggayakan sesuatu yang santai sebagai gaya harian. Adakala cukup malas dan hanya ingin mengenakan t-shirt nipis bersama celana pendek! Kemudian mulalah rasa tidak cukup bergaya dan tidak berkeyakinan apabila bertemu orang. Jangan disalahkan cuaca yang panas. Tahukah anda, walaupun bergaya ringkas, anda masih boleh tampak bergaya lebih daripada gaya orang yang tampil ‘bersiap’. Ayuh GLAM kongsikan serba-sedikit tip yang boleh membangkitkan idea penggayaan fesyen musim panas untuk anda.
Di Sebalik Keanggunan Panthère de Cartier
Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar
#Recap: Tiga Jenama Dari Asia Tenggara Bersinar Di Minggu Fesyen Dubai 2024
Pereka Fesyen “Sensual Obsessive”, Emanuel Ungaro Meninggal Dunia
Tampil Glamor & Seksi, Beginilah Gaya Terbaik Selebriti di Atas Red Carpet Baru-Baru Ini
Jenna Ortega Mencuri Tumpuan Memadukan Busana ‘Shedding Skin’
Be confident dalam menggayakan fesyen musim panas…
#1 Pilih material ringan
Mengimbas kembali koleksi musim panas 2024 yang dipentaskan di minggu fesyen lalu, antara yang tidak dapat dilupakan adalah koleksi Victoria Beckham SS24 yang menampilkan pilihan siluet nipis, flowy, dan jersi. Cukup chic, moden dan elegan sesuai dengan musim terik ini. Mengambil inspirasi daripada lenggokan tarian balet kontemporari dan teater muzik, setiap helaian tampak kemas melekap indah di badan sesiapa sahaja yang menyarungnya. Pada kami itulah definisi sebenar siluet yang melambangkan keselesaan dan praktikal dalam gaya seharian.
Victoria Beckham SS24 (Gambar: Getty Images)
#2 Colors for Summer!
Berhenti menyarung rona gelap musim ini. Apa kata ubah sedikit penampilan dengan mencuba sarungan rona-rona terang dan ceria. Barulah nampak sedikit segar, mood pun mudah ‘terangkat’ langsung memberi aura mudah didekati oleh orang sekeliling. Tip kami, pilih rona yang mampu membuatkan anda stand out di khalayak ramai. Akan tetapi, hati-hati! Pastikan padanan warna itu tidak membuatkan keseluruhan look anda tampak seperti badut. Pastikan ada keseimbangan dalam memadukan beberapa pilihan warna tersebut. Sebagai contoh, pilih satu item di dalam penggayaan anda dengan rona terang sebagai highlight penampilan anda. It can be your heels, handbag atau juga skirt anda!
Coach SS24 (Gambar: Getty Images)
#3 Eksperimen dengan pelbagai denim
Denim dan musim panas, tidak dapat dipisahkan. Namun hakikat sebenarnya denim ini memang ideal digayakan dalam apa jua musim sekalipun. Cuma, pada pendapat kami, denim ini amatlah sesuai digayakan pada musim panas. Baik seluar denim mini, paras lutut, versi skirt atau juga sebagai top, gaya ini tidak pernah lapuk dek zaman. Malah senantiasa memberi nafas segar pada sesuatu penampilan itu. Namun, jika dilihat menerusi koleksi musim panas 2024 oleh sesetengah rumah fesyen, denim masih menjadi pilihan namun telah diolah kepada sesuatu yang lebih segar. Seperti di Loewe, Jonathan Anderson mereka seluar jeans jenis baggy, wide-leg dan kali ini lebih panjang meleret! Padankan pula dengan t-shirt nipis putih, anda tentu tampak cool!
Loewe SS24 (Gambar: Getty Images)
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
