Valentino Escape, Nuansa Rona Terang Kapsul Musim Panas 2024
Seperti tahun-tahun berikut, jenama Valentino kini kembali dengan koleksi Valentino Escape untuk tahun ini yang lebih meriah.
Buat musim Panas 2024, Valentino telah memperkenalkan koleksi kapsul mereka yang dihiasi rona-rona terang bagi melambangkan musim panas yang meriah. Sebuah jemputan pencinta fesyen mewah untuk menghargai momen dan keindahan yang didapati dalam Valentino Escape 2024. Untuk koleksi kapsul terbaru ini, Valentino mengajak untuk menghayati seni gaya hidup “slow living” disertakan dengan suntikan stail vibrant dan effortless bersama padanan aksesori Valentino Garavani.
Koleksi Valentino Escape
Dimeriahkan dengan koleksi helaian menarik dan warna-warni, koleksi kapsul Escape ini membawa aura sun-drenched afternoons dan outdoor evenings. Koleksi ini menyaksikan kaftan dan blaus dipadankan bersama gaun dan skirt, one-shoulder top, seluar flare dan koleksi pakaian renang. Setiap helaian hadir dengan komponen yang harmoni dan bernuansa keceriaan dengan visi yang tidak terbatas.Corak Melambangkan Aura Musim Panas
Rumah fesyen Valentino telah memfokus kepada dua corak daripada koleksi archive untuk koleksi kapsul ini di mana ianya adalah Valentino Chevron 24 juga Valentino Starfish. Setiap daripada corak tersebut memiliki aura tersendiri dan inspirasi yang unik untuk mengembalikan kenangan indah dari masa lalu. Corak Starfish asalnya muncul di dalam koleksi musim bunga/musim panas pada tahun 2015 manakala corak Chevron menjadi popular ketika koleksi musim bunga pada tahun 2019.Valentino Chevron 24
Antara yang menarik untuk koleksi kapsul ini adalah Bucket bag bercorak Chevron yang tampil meriah dengan riasan gabungan rona terang dan fun. Bukan itu sahaja, pelbagai sandal serta item fesyen menarik lain turut hadir dalam corak Chevron ini.

Valentino Starfish
Motif Starfish menghidupkan lagi koleksi kapsul ini di mana ia hadir dengan koleksi tona atas tona serta anda juga dapat saksikan koleksi espadrilles yang direka menarik dengan tampilan corak tapak sulaiman rona merah jambu terang.

Perhiasan Valentino Garavani
Corak ikonik ini juga menghiasi koleksi perhiasan jenama mewah ini. Perhiasan ini terdiri daripada set rantai, gelang tangan juga subang rona emas.

Activation Yang Bakal Berlangsung
Koleksi Valentino Escape 2024 ini boleh di dapati di atas talian dan kedai terpilih daripada pertengahan bulan Mei. Untuk memulakan acara pelancaran kapsul ini, satu pengalaman eksklusif akan diadakan di atas belon udara panas di Cappadocia yang diatur indah menampilkan landskap Turki yang hebat. Pengaktifan akan berlangsung di seluruh dunia sepanjang bulan Jun dan Julai, termasuk pengalaman perahu Mytheresa di Selatan Perancis. Acara-acara di seluruh dunia akan bermula pengaktifannya bermula di Amerika Syarikat dan Oman kemudian ke lokasi-lokasi musim panas terkenal di Eropah!

Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

