Ini Stail Fesyen Signatur Jennie BLACKPINK Perlu Anda Tahu
La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith
Solidariti #TimesUp Jelas Atas Karpet Merah BAFTAs 2018
Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.
Dress Up Ibarat Fashionista LA!
Home > Fesyen > Charms, Trend Aksesori Fesyen Sebagai Perhiasan

Charms, Trend Aksesori Fesyen Sebagai Perhiasan

Trend fesyen maximalist seringkali dikaitkan dengan tambahan perhiasan seperti charms yang menghiasi barangan peribadi dengan penuh ekstrem.  Trend menghiasi barangan peribadi dengan pelbagai aksesori menjadi satu kegemaran kali ini. Barangan peribadi seperti pengilat bibir kini juga menjadi satu item fesyen apabila dihiasi pelbagai rantai kunci yang comel dan menarik. Trend fesyen maximalist menjadi salah satu trend fesyen yang menjadi kegemaran sesetengah individu pencinta fesyen. Salah satu impak terbesar yang membawa ke arah tularnya perhiasan seperti aksesori tas tangan ialah fenomena Jane Birkin. Fenomena ikonik model ini yang menghiasi tas tangannya dengan pelbagai perhiasan seperti rantai kunci, riben dan rantai menjadi kegemaran anak gadis kini. Selebriti Korea Selatan seperti Winter dari aespa dan Sakura dari Le Sserafim juga tidak ketinggalan dengan trend ini. Selain daripada charms di tas tangan, GLAM akan senaraikan enam lagi trend fesyen charms sebagai perhiasan yang digemari ramai.

#1 Tas Tangan

tas tangan tas tangan Antara perhiasan yang paling popular tahun ini, charms di tas tangan yang melambangkan maximalist.

#2 Kasut

charms Menghias kasut dengan pelbagai perhiasan dan aksesori juga akan menjadi satu trend dalam dunia fesyen.

#3 Cermin Mata

Story pin image Jenama seperti Gentle Monster tidak ketinggalan dengan trend fesyen seperti ini.

#4 Tali Pinggang & Seluar

Dahulunya terkenal di kalangan lelaki, kini wanita juga menghias seluar dan tali pinggang dengan pelbagai aksesori yang comel.

#5 Telefon Bimbit

charms Story pin image Antara item peribadi yang terkenal dengan dihiasi charms untuk menambah kecomelan telefon bimbit.

#6 Pengilat Bibir

charms charms Selain dari melembabkan, rupanya juga perlu comel supaya boleh dijadikan hiasan. Trend fesyen “charms” ini dijangka akan menjadi lebih besar pada tahun 2025, bersama trend fesyen maximalist yang lain. Artikel Berkaitan: Aksesori “Bag Charms” Menjadi Trend Fesyen Terkini